Assalammualaikum
Di tengah malam yang takberapa nak sepi ni. Fika dapat ilham
nak membuat entri untuk blog. Walaupun entri kalini terasa macam sedih sedih
sikit, yang bakal melelehkan hingus korang rasanya. *cepat pegi amik tisu dekat
bawah rumah letak sebelah korang* tipu sebenarnyaaa.
Berlari- lari ala ala model fika capai laptop then terus
menaip dek tanak kehilangan idea ni punya pasal. Kalau tersungkur tak ke ala
ala nangka busuk gimik jatuh nya? Ish ish .. buruk benar rupanyaa!
Ok back to the point,
separa dewasa ni fika terasa macam kehidupan fika selalu mengalami
kecelaruan . kekusutan. Kekacauan. Kira begitu tragis laaa hidup fika ni.
Walhal hidup baru nak menjangkau 21tahun. Cerita macam hidup dah 91tahun punya
masalah kan ? *fika fika*
Kadang- kadang fika nak sangat jawapan untuk soalan soalan
yang selalu takkan ada jawapan untuk soalan ni. Sampai dah naik beruban kepala
memikirkannya.
Kenapa dalam setiap percintaan
mesti akan wujud satu perasaan. Perasaan yang akan membuatkan kita sendiri
hilang prinsip hidup ? iaitu perasaan cemburu dan membenci . Orang tua-tua
selalu kata cemburu itu tanda sayanggg. Tapi kalau kerana cemburu kita
kehilangan orang yang kita sayang. Macamana pulaktu orang tua tua ?sila isikan ruangan kosong
untuk menjawab. Pemenang akan diberikan gulagula hacks 2posen.
______________________________________________________________________________
Kenapa bila kita sayangkan
seseorang tu. Setiap gerak geri dia kita nak tahu? Dengan siapa dia keluar.
Dengan siapa dia mesej. Dengan siapa dia gayut. Dengan siapa dia lepak semua. Dengan
siapa dia berkawan. Apa dia buat setiap masa kita nak tahu. Walaupun kita sendiri rasa kita macam menganggu hidup beliau dan merimaskan beliau ? adakah
ini cinta ? Tolong jawab . kalini fika bagi up sikit.. fika bagi chewgum warna
warni sebungkus untuk jawapan yang bernas.
Kenapa kita mengatakan SAYANG
tapi dalam masa yang sama kita merelakan dia pergi dekat orang lain walaupun
kita taknak dia pergi dari kita ?
Perbualan senah dan boyfriends
nya :
Senah : abang. Abang
SAYANG senah tak . Abg takkan tinggalkan senah kan? *muka duckface
gedikgedik nak tau*
BF : mesti la abang SAYANG
senah. Senahkan only one mygurl i have in the world. Abg jnji abg takkan
tinggalkan senah.
Senah : *hentakhentak kaki tanda suka* Yeke abang, Senah pun SAYANG abg sgtsgt jugak.abg
llah satusatunya hero malaya yang senah SAYANG sgtsgt abad ini.Senah takkan tinggalkan
abang.
Keesokkan harinya. Senah gaduh
dgn Bfnya . Perbualan mereka :
senah : Tuttttt.. tuttttttt
..tutttttttt , hello seman ada ?
BF : Hah seman katsini. Nakapa ?
Senah : Senah mintak maaf pasal
semalam. Abg marahkan senah ke?
BF : dah laa senah buat hal
senah. Abg buat hal abg. Itu yang terbaik unuk senah dan abg.
Senah: Tapi abg dh janji takkan
tinggalkan senah. Abg sayangkan senah! Senah pun sygkan abg !*menangiss sampai
banjir kampung jiran sebelah*
Bf : Memang
abang sayangkan senah. Tapi abg takboleh nak buat senah bahagia. Kalau dengan
abg senah akan sakit hati. Sedih. Abg taknak macamtu ! abg harap senah akan
bahagia kalau senah dengan orang lain.. byee
Talian terputus tanpa senah
sedari.. sebelum senah sempat bersuara. Maka ........
Senah : abg senah nak abg tahu. Tak kira senah sakit
hati ke. Senah sedih ke. Senah marah tahap syaitonnnn pun. Senah takpernah nak
ti nggalkan abg. Senah sentiasa nak berada kat sisi abg. Sebab sekali senah
cakap senah sayangkan abg. Sampai mati senah akan sayangkan abg. Sekali senah
cakap senah takkan tinggalkan abg. Sampai ajal senah takkan tinggalkan abg.
Senah taknak hidup dengan org lain. Sebab yang senah sayang dan cinta hanya la
abang seorang je. Kalau senah cemburu kalahkan babi buta, maknanya senah
betolbetol takut kehilangan abg. Kalau senah merajuk kalahkan budak kecik tu..
senah saje nak gedikgedik dngan abg.. walaupun kdgkdg abg buat taktau ala ala
nak mintak penumbuk dari senah. Senah harap kalau kita bergaduh kalahkan anjing
dengan kucing bergaduh pun abg takkan ambik hati. Abg jangan lepaskan senah
kalau itu bukan kemahuan abg ye. Sebab senah SAYANGKAN ABG senah CINTAKAN ABG
sepenuh tong baldi basuh kain mak senah. Aik abg dah letak talipon ke dari tadi
? harammmmm jadah punyaaaa semannnnnnn ... aku tmbakk kau seman. Kau tunggu kau
tungguu .. hentak kepala kat dinding..
Kadang- kadang setiap soalan
yang selalu bermain di benak kepala otak kita kita sendiri sahaja yang boleh
merungkai dan memberikan jawapan untuk soalan tu. Jika kita mahu bercinta kita
mesti selalu kena berfikiran positif terhadap pasangan kita.
Walaupun
kadangkala jin kapir selalu sahaja menghasut untuk memporakperandakan hubungan
yang dibina. Sifat cemburu mungkin satu perkara normal yang ada bagi setiap
pasangan yang membina cinta, oleh itu kita sendiri yang dapat mengawal perasaan
itu. Kan ?
kalau pasangan yang gatalgatal
tu. Bagi sahaja kaki kanan atau kaki kiri dekat mereka. Insyaallah akan sihat
laaa gatalgatal miang mereka tu kepada pasangan yang mithali dan setia. Sebelum
fika nak berambus untuk beradu setelah penat meleter kat belog ni. Fika nak
ucapkan tahniah kepada semua kawankawan fika yang bakal menamatkan kursus
praktikal mereka lagi beberapa hari. Semoga korang semua bakal jadi arkitek
yang di segani satu hati nanti. Ok laaaa. Tido dulu.....
sekian. Terima kasih sudi baca
tanpa mengomel
No comments:
Post a Comment