Pages

Sunday, April 23

2017 Part 1

Assalammualaikum. 

Sekarang dah zaman 2017, baru terkial kial nak menaip blog. Sekarang status gua dah jadi bini orang. omg sekejap je rasa dah dewasa. Kikiki. Apa lagi yang dah berubah pasal gua? Ofcourse, berat badan! dah jadi macam anak badak sekarang. hm. Niat nak kurus tu ada, tapi "pantang nampak makanan" jadi punca terhapusnya niat nak kurus. Kah3.

Sejak sejak dah kahwin ni, tetiba gua dah pandai masak banyak menu. terpaksa jadi pandai masak. Hehe. Yela kena jaga tekak dan perut suami bro.gua senang je. Masak tabur sos tabur garam nampak macam sedap jadi la resipi. Taksedap telan sendiri jela. Haha. Banyak benda lah kena belajar untuk berdikari. Takda dah ungkapan "anak manja mak ayah" . 


Oh ye, sekarang gua dah up sikit.. kalau dulu menjahit beg jeans. Sekarang jadi penjual aiskrim malaysia dah. Alhamdulillah. Ramai cakap rezeki lepas kahwin tu kena "usahakan" baru la rezeki tu datang. Walau tak lah sekaya nursajat income bulan bulan tapi lepas jugak la kalau gua nak beli barang hello kitty untuk rumah hello kitty impian ku. Kah3. K tipu je.


Hm, lagi apa ye nak taip. Bingung pulak otak ni. Oh ye, lepas kahwin ni bertubi tubi soalan panas gua dapat. Paling bertubi " Dah ada isi ke",, Dah berbadan dua ke" , Gua jawab "anak gua otw dari syurga lambat sikit sebab banyak tol nak kena singgah" Anak tu kan rezeki Allah. Bukan kita boleh set nak bila. Eh aku nak pregnant kejap lagi la pukul 3. Eh takjadi la esuk la. Ergh. Rasa nak jentik je bibir orang yang tanya tu laju laju. Biar jadi ducklip.


Gua menaip masa suami gua pergi kerja ni. Maklumlah kalau nampak gua menaip kang kena bahan tujuh keturunan takhabis. Nak beli aiskrim? Sekitar ipoh boleh roger gua terus 0104612950 atau tengok jela facebook : Fikashee :  gua ada sekali semua flavour yang gua jual. Sempat lagi kau niaga ye pika oi! Hehee. Gua payung la satu gambar kahwin haritu.


Image may contain: one or more people, child and outdoor

Ok, nanti ada masa gua share lagi story. Tips3 nak pikat suami ke kan. Haha. Salam

Thursday, October 13

Cerita fikashee. Kah3

Assalamualaikum.

Indahnya sungguh menulis blog. Ramai nya orang bersuka ria.Adik ku manis... Eh eh eh macam lagu. Haha. Okay baru rasa teringin gila nak menaip , bercerita dan yang seangkatan dengannya. Pejam celik pejam celik taksangka dah tahun 2016. Apa 2016? Ye dan beberapa puluh hari je lagi untuk gua nak kahwin. Omputih cakap countingsday gitu.

Padahal tak rasa pun nervous ke apa. Rasa macam oh nak kahwin dah ke. Dah baligh rupanya aku ni. Takbest nya lepasni kena berfikir macam orang tua dah. Kahkahkah. Please ah. Nak jadi kanak kanak riang balik. Tapi kahwin pun best jugak. Ok kepala otak ditubuhi lalang.

Sepanjang 2016 ni. Banyak benda lah gua belajar. Ada suka. Ada sedih. Ada rasa nak lempang orang. Macam macam rasa lagi. Dan yang paling macam sentimental sikit. Sepanjang 2016 ni gua sehabis baik luangkan masa dengan emak. Selalu jugak ah bawak mak gua jenjalan. Tapi jenjalan tesco lah. Kopak dari segi kewangan tu perkara biasa yang gua rasa.

Ok jugak apa jenjalan tesco, dapat gua kenal mana ikan patin & ikan keli. Esuk lusa mak mentua suruh beli ikan keli. Takda la aku bawak balik ikan patin. Kikikiki. Lepasni dah duduk perak. duduk jauh dari emak ayah. Hmm, macam alergik pulak rasanya. Ok Ok Ok , gua tekankan disini yang gua bukan anak manja tapi nanti mesti gua rindu mak ayah. ( anak manja la tu namanya syaitannnnn). Tsk Tsk. Nangis berirama.

Yang penting, nanti dah kahwin gua dah ada impian nak satu rumah dihiasi barang bercirikan hello kitty & jeans. Kahkah. Nasib la siapa suami gua. Kena lah belajar redha untuk tidur beralaskan cadar hello kitty. Rasanya macam dah kering pulak otak ni nak menaip.

Sebelum gua nak tidur. Engkorang ringankan la jari jemari korang untuk jenguk instagram @kedaijeans gua. Memacam barang ada. kikikiki. Ok last last. Nak blah ah ni. Goodnight kesayangan. ( Kentut lima  harkatttt)


Sunday, October 18

Kembali Vol 2

Assalamualaikum.

Dah lama rasanya tak menulis. Rasa kekok nak menaip menyulam ayat bagai bagai ni la. Banyak cerita yang nak di kongsi tapi takut pulak ada yang koma membaca 3hari 3malam Hahahaha!

Okay, firstly aku nak cerita macamana aku menghadap liku liku memasuki alam dewasa ni. Fuhhh mencabar! Semua benda nak kena duit. Kan best jadi kecik macam dulu. Nak duit just mintak ' Mak nak duit, nak beli aiskrim' Nah geduk dapat doposen. Tapi itu cerita kecik dulu. Sekarang dah 20+. Cita cita masa sekolah dulu nak ada bisnes sendiri  bila dah besar. Alhamdulillah macam nak termakbul. Cuma kena usaha, doa, rajin , tawakal. Insyaallah boleh kot jadi macam Dato Syukri terlajak laris tu. Hehe.

Ada yang tanya, taknak kerja makan gaji ke? Tak risau ke takda EPF takda pencen bla bla.. Pening sebenarnya nak hadap mulut2 sebegini. Rasa macam nak campak mercun bola kat mulut dorang biar senyap. Tapi, takut pulak masuk buletin utama atas cubaan membunuh Hahahaha. Insyaallah sekarang kan dah ada macam macam plan untuk kehidupan masa tua nanti. Tak perlu untuk jadi hamba makan gaji majikan. Kerja sendiri pun boleh ada KWSP. Kerja sendiri pun boleh ada pencen. Kerja sendiri pun boleh jadi kaya! Peluang tu kena pandai carik. Perihalnya. Mulut orang sukar nak ditutup.

Seronok jugak kerja sendiri ni. Masa yang ada boleh tolong emak dekat rumah. Boleh hantar emak beli barang dapur. Boleh hantar ayah pergi hospital ambil ubat. Takpayah MC. Duit masuk jugak. Tapi kekurangan dia satu jela. Takda masa nak melepak dengan kenkawan. Sebab sekali busy seharian taktidur sebab menjahit order yang masuk. Tapi seriusly tulah nikmat sebenar kerja sendiri ni. Kadang2 ada jugak la rasa macam katak bawah tempurung sebab takda masa nak melepak berborak dgn kenkawan.

Lagi 1 cabaran masuk alam dewasa ni. Soalan yang kerap kali kau akan dengar. '' Bila nak kahwin ''? Bagi aku, aku hanya jawab insyaallah tahun depan ( tp tahunnya taktahu bila), insyaallah. Ada yg takpuas hati akan tanya lagi '' Bila nak kawin umur dah tua" . Kalau manusia begini aku syorkan engkorang lempang 3das dengan tenaga yang padu. Maka akan diam la mereka nanti Haha.

Apa pun jauh lagi perjalanan hidup nak kena tempuh. Just proud to be yourself. Nah ni ada sikit iklan untuk korang jenguk jenguk la instagram  https://instagram.com/kedaijeans/

Tuesday, November 4

Kembali.

Assalammualaikum.

Setelah hari berganti bulan. bulan belum berganti tahun. Baru la dapat menghidupkan balik belog ni. Rindu sangat. Rindu dia umpama macam takdapat makan ayam goreng 3minggu. Haha

Entah la korang, sekarang ni pika lebih leka dan suka menjahit bag bag jeans. Mendesign bag bag tu. Kekadang sampai ke pagi buta. kekonon nak kalahkan Hatta Dolmat. Tapi tak kesampaian. So, masa yang sepatutnya terluang untuk menghapdate belog habis di qada kan untuk membuta. Sadis.

Memula nak bertapak dalam dunia perniagaan ni. Rasa dia macam neraka sangat . banyak benda nak kena pikir . ingatkan dulu mudah. Semudah ABC.. Tapi hanya tuhan sahaja yang tahu. Takcukup dengan ada segelintir hamba Allah yang sentiasa nak menjatuhkan kita. Yang selalu pandang rendah dengan apa yang kita buat. Rasa macam kecik lubang jantung tu berleluasa sangat. Tapi dek kerana cita cita nak ada produk sendiri bila dah besar nanti. Ku tabahkan juga. Dah macam ucapan PM pulak rasanya.

Sekarang proses untuk memperkembangkan lagi apa yang fika dah usahakan. Memang sangat mencabar. Kadang kadang otak tu jem sebab terlalu banyak berfikir. Haha. Engkorang boleh la melawat website ni.

INSTAGRAM : KEDAIJEANSHANDMADE
PAGES FB : HANDMADEJEANS

Dekat situ engkorang boleh tengok semua design bag yang masih available untuk di beli. Nak tengok bag jeans yang di design ikut kepala otak fika sendiri pun boleh jugak. Haha.
Tapi seronok nya satu dua lah dapat meningkatkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang.

Dulu waktu sekolah kemain benci sangat akaun. Hah, sekarang benda tu lah fika kena hadap sebab nak tengok duit keluar masuk untung rugi semua. Pergh gaya dah macam usahawan tudung fareeda pulak kan.

Apa - apa pun engkorang semua doakan fika maju jaya ye dengan apa yang fika lakukan. Manatau esuk lusa tulat kelmarin tahun depan.. Dapat pangkat Datin Fika Cute Sedikit ke kan, Haha

Ada masa fika update perkembangan seterusnya.
Terima kasih sudi baca. 

Monday, March 24

Kenduri Kawin.

Assalammualaikum.

Impian untuk menghapdate belog sebulan sekali nampaknya sudah tercapai. Nah segulung sijil buat diriku. Hahaha. Dalam sebulan ni macam macam benda jadi. Dengan kenduri abang, kira kenduri sambut menantu gitu lah. Dengan berlonggok jemputan kahwin kenkawan sanak saudara jiran tetangga semua.Kira untuk sebulan ni setiap hujung minggu akan merasa nasi minyak lah. Sihat sihat belaka cacing kerawit kita yeh!

22/3/2014 haritu, baru selesai kenduri sambut menantu. Fuyooo deret tiga hari sebelum kenduri tu. Fika adalah Malik Noor yang berjaya. Sixpack ada enam ketul rasanya. Lengan pun berketul ketul. Mana taknya semua benda fika kena buat. Taff sangat! Tapi biasa lah sepenat sepenat fika, penat lagi emak dan ayah sebelum kenduri tu.

 Tema hijau kuning. Selangor Vs Kedah kan. 

Sabtu tu majlis berlangsung, sibuk gua satu family time tu kalahkan menteri dalam negeri tengah berkempen you know. Haha Dengan lagi sejam nak pukul 12 kena pergi mydin beli sudu beratus ratus piece. Pakai seluar petak petak baju gambar teddy. Nampak tak gaya indon gua tu macamana. Malu toksah cakap. Tapi alhamdulillah majlis berjalan lancar.

ni semua sedara mara. tetamu campur sekali lah berselfie kekonon.
Kira penduduk kampung gua memang sporting sangattt lah.

Dalam sibuk sibuk tengah menyalam tetamu yang hadir. Ayah jalan pun macam menari nari ( tanda kepenatan. kepitaman akibat panas melampau). emak tengah khusyuk berdiri macam nyanyi lagu negaraku padahal tengah menunggu tetamu. Datang pulak YB mana tah yang kononnya tengah berkempen untuk pilihanraya kecil dun kajang. Kena sediakan meja lah apa lah. Hoi penat tau tak.

Selesai majlis semua tetamu dah balik. Kami adik beradik berjemaah basuh periuk belangga termasuk pengantin yang takda lah baru sangat. *fika kahwin nanti dah request kat ayah nak kahwin kat hotel 5bintang nak panggil najib rosmah sekali. Taknak penat penat basuh periuk semua. Maka ayah hanya menunjukkan penumbuk untuk di lekatkan ke pipi. K fine fine paham. Sobsob

Padahal ketiak tengah menangis. Sempat berselfie puterifikakembangsemangkuk ni. Haha

Keesokkan harinya, duapuluhtigaharibulan kawan sekelas kahwin. Memang berturut lah makan nasi minyak. Berat kalau timbang mahu macam berat anak badak rasanya! Seram kitaa jemahhhh. Dorang kapel dari zaman sekolah lagi kot. Rasa macam wow happy ending alam percintaan dorang. Suka sangat.

Ecah & Oyin wedding.

Masa kenduri macam ni lah boleh reunion kenkawan sekolah lama dulu. Memasing dah dewasa, Yang tinggi makin tinggi lah. Yang pendek makin pendek lah. Yang kurus makin kurus. Yang gemok bertambah tambah gemok. *pengecualian untuk fika sebab maintain* Haha

Rindu sangat sangat kot alam persekolahan. Zaman hingusan. Zaman mintak mak duit belanja lebih nak beli hotdog goreng dekat kantin sekolah. Takdapat hentak hentak kaki. Rindu sangat.

Setakat tu jela. fika dapat menaip. Otak dapat berfikir secara relevan. Sambil tengok tv PM umumkan penumpang MH370 crashed at Indian Ocean. Ya allah sedihnyaaaa. Undi dekat kajang dah habis. Maka timbul lah kapal terbang tu. Yang takbest nya semua penumpang died. Salam takziah untuk family mangsa.

kita sedekahkan Alfatihah untuk mangsa mangsa MH370 yang beragama islam.

Tuesday, February 25

ThrowBack Zaman Dulu.

Assalammualaikum.

Selak selak album tengah pagi buta ni tertengok pulak gambar fika masa baby dulu dengan diari ayah tulis cerita sepanjang proses kelahiran fika sampai la emak keluar hospital. Rasa macam na'uzubillah ni fika ke. Kenapa comel sangatsangat. macam anak orang korea utara.Bhahaha (Ketawa berdengung)Ni pertama kali fika nak cerita zaman kekecik fika dulu.

Bila tengok balik semua gambar tu. Terasa macam nak je balik ke zaman 1991.Zaman yang takda masalah nak pikir pasal kerja. Pasal cinta. Pasal duit. Pasal ? Macam macam pasal lah. rindu sangat zaman tu. Zaman kekecik dulu selalu je dapat perhatian dari semua orang. Kalau kentut pun dorang cakap ' ala comel budak ni kentut'. Sekarang kalau kentut macam zaman kekecik dulu? Mau melekat kapak kat dahi. Takpun kesan tapak kaki dekat pipi. Scared gila.

Kakak fika, jijah nama komersialnya. Kakak yang sangat garang nak mampusharamjadah, tapi baik hati.Hadiahkan fika gaun putih sebab kalau dapat adik perempuan, itu cita cita terpendam dia. Dan fika la orangtu! Menurut makayah fika, fika dulu adalah seorang makhluk yang sangat buas ya rabb. Kuat menangis , suka gigit orang (mangsa kejadian ialah sepupu fika, selalu sangat dia jadi mangsa) dan sangat manja. Ohnem *malu pulak*

Dah besar sikit fika gengster, maklum lah bercampur dengan 3 orang abang dan sorang je kakak. Boleh bayangkan tak. Fika baru nak menjengah usia tumbuh gusi tepi rahang utama. Kakak dah kawin. Terpaksa bergaul main panjat panjat macam tarzan. main lastik lastik. Main kawin kawin semua dengan abang. Mana tak gengster dan kasarnya fika.

Sejak tu, dah sebati dalam diri ni apa abang buat fika pun mesti boleh buat. Cuma satu je, abang boleh kencing berdiri tepi pokok tapi fika tak. Balik rumah peluk emak menangis nangis Haha. Zaman bebodoh kekecik dulu mana nak tahu semua tu. Rasa macam naiff sangat tau bila ingat balik. Waktu solat paling best! Masing masing berderet rapatkan saf, ayah dengan emak boleh tahan garang dulu. Bila rukuk sorang goyang bontot, semua ikut. Bila Sujud, sorang dongakkan kepala, yang lain sengeh satu sama lain. Lepastu makan penampar tangan ayah pun satu sama lain. Akrab sangat!

Dan sebab terlalu rapat zaman kekecik, bila abang abang gaduh sesama dorang pasal pokemon mana paling besar, yg jadi mangsa adalah FIKA. Sampai jadi satu kejadian maghrib tu, abang pulun gaduh mulut sesama dorang. Sorang sibuk dengan kucingzir hikhokhikhok dia. Sorang sibuk dengan cipan dia. Time tu mungkin emak teringin jadi atlet baling gunting negara, dek kerana geram abang mencarut tak ketentuan hala. Fika pulak duduk tengah2 dorang jadi pengadil. Vushhhh, terpacak gunting dekat bibir fika hasil dari balingan emak. Time tu semua diam, fika rasa  bibir fika macam bibir shon kingston time tu. Teruss *pengsan *

Waktu emak bawak pergi klinik. Pandai emak auta cakap fika jatuh katil, Sogok fika jangan bagitahu doktor dengan belikan jajan. Nampak tak. Nampak tak kasih sayang seorang ibu tu macamana. Haha. Fika tadika masatu. 7tahun macamtu la. Sejak kejadian tu abang2 takut nak gaduh lagi. Takut2 kalau emak teringin jadi ahli baling gunting lagi.

Mak kata fika seorang yang takreti duduk diam, 24jam nak main dekat luar. Patut pun gambar kekecik dulu macam anak subramaniam dan fika seorang yang kuat merajuk dan suka memberontak dulu. Apa jenis benda yang fika nak, tapi takdapat fika mengamuk. Fuh, nasib dah tua bangke ni takmacamtu. Alhamdulillah.

Dan masa umur 9tahun. Kesan parut dekat hujung mata belah kiri ni terjadi disebabkan ketaksuban fika main basikal lepas tangan. Konon nak jadi yang paling power antara abang2 dengan sepupu. Last last memang power sampai hinggap muka kat pasu bunga kesayangan emak. Muka bedarah darah siap boleh datang pau mak 20sen nak beli mainan. emak yang menjerit tengok darah. Walhal, fika steady gitu. Dan fika la anak yang paling degil tapi manja sangat. Abang duku kepala sikit. Lari ngadu kat emak. Tengok abang kena marah dengan emak. Rasa macam seronok sangat! Hahahahaahahaha.

Sekian. Entri blog ni tergantung dan macam takhabis disebabkan kemalasan nak menaip. Engkorang pun konfirm dah berbulu roma tengok entri macam esei BM ni kan.Bubuh gambaq kan senang.


1 : Ayah ( Pakmat macho)
2: Emak ( cikhalimatcutesetempat)
3: Kakak ( JijahGarangRimauMalaya)
4: Abang 1 (Arul)
5: Abang 2 (One)
6: Fika (puterisantubongcutekembangsemangkuk)
7: Abang lagi sorang tidak kelihatan.

Terima kasih sudi baca. Bye

Thursday, January 16

Pengalaman dan Hobi.

Asalamualaikum.

Tahun 2014 dah. Menaip untuk entry dari tahun lepas taksudah sudah. Haiyooo! Ini buta huruf ke apa lambat sangat publish entry fika oi.

Sekarang ni, masa fika banyak habis dengan benda-benda dekat rumah. Kemas rumah. Basuh kain. Sapu sampah. Masak telur goreng hanget. Masak nasik kerak 5inci. Menjahit tu penting. Surirumah sangat sekarang ni jemah oi. kalau dulu keluar senantiasa, pagi keluar harapan untuk balik petang adalah sangat tipis. selalunya, malam tu, baru selesai berjimba sakan melepet tak ketentuan hala dengan kenkawan. Main lari lari dekat dataran merdeka. Acah-acah aishah 50sen sangat memasing.

Baru-baru ni fika di panggil interview as a it assistant. Skop kerja jauh panggang daripada api. Kire lari bidang dari apa yang fika study masa dekat kolej dulu. Mula la mengelupor tanya sumorang apa tu ip apa tu networkcard. Hah gelabah itik kau pipika. Dan dgn interview ni jugak la jadikan fika wanita gagah 1malaysia pagi tu, drive kereta manual tanpa sesiapa disisi. Kau gilaaaa sensoranggg je drive manual car dengan jem, dengan kereta berpuluh puluh lemon dokek kajang tu.
Mak siap pesan macam macam. Baca doa itu baca doa ini. Bawak perlahan, jangan memotong. ikut lorong yang betul. Jangan drift. Ingat fika kaki drift ke mak? Lori balak 3tan lalu sebelah dah mengegel tangan pegang stereng kereta inikan nak drift. Mau muntah darah dalam kereta tu sensorang. Hhaha


Fika pulak yang naik risau dengar mak bermukadimah. Tapi dalam perjalanan nak ke tempat interview tu dengan kerja mrt bersepah tepi jalan situ la tempat paling kerap fika tekan minyak. takutt oi kena hempap konkrit leperrr kepala gua dalam kereta tu nanti. Baru fika tahu erti bertaranum macam mak ayah dulu. *seram mak nokkk. Apapun, alhamdulillah fika selamat sampai dan selamat balik. Emak ayah lah orang paling happy sebab tengok fika balik, jalan takguna buku lali lagi. Masih normal.

Tutup cerita pasal interview tu. dalam masa menunggu rezeki bekerja as a wanita bekerjaya. fika ada lah jugak goyang otak buat benda alah ni. Sementara tunggu stok supply jeans untuk buat beg seterusnya dapat. So kita cipta benda lain dulu. Maka terjadi la benda alaa comel ni.


Hah, jahitan tu terabur sebab first time jahit zip. pertama kali jahit zip terbalik. kali kedua takboleh zip. Kali ketiga zip senget. Kali keempat, zip tu mungkin tahu setan general fika diluarbatasan. Menjadi jugak! Hobi kekonon ni. Apapun korang doakan fika cepat dapat kerja. Dapat serius dalam bidang bisnes jadah ni. Cepat kawin jugak jangan lupa doakan. Hikhik @_@

Kepala otak pun jem tetiba sebab taip terlalu panjang. Sambung entry lain la pulak. Hihi. Sebelum tu ada la sikit kata kata pujangga dari mak. Dalam setiap apa kita lakukan, perlu ada keyakinan , usaha, doa , bersungguh-sungguh dan tawakal. Insyaallah akan ada rezeki di situ.



Kekonon posing sebelum nak test market, hantar beg batik dekat customer gitu. Hahaha

Terimakasih sudi baca :)