Pages

Wednesday, July 10

Hari pertama puasa dan bersahur di bulan ramadhan.

Assalamualaikum.

one month.. welkambek fika. Welkambek to blog!

pembukak kata entri untuk umat yang taksedar diri macam fika ni. sesuai sangat. first day puasa lah baru terhegeh hegeh pulun jari jemari nak menaip entri belog. konon nak jadi orang yang kesejuta kali menaip entri berbaur ucapan ramadhan.

First day puasa, fika lah orang yang paling bersemangat waja! kejut satu family bangun sahur. sampai mak gosok gosok mata takut takut. kalau bukan fika yang berdiri depan dia. Maklum laa, sebelum ni rajin sangat fika nak bangun pagi. kan. kan .

Menu sahur pagi tadi. mak masak nugget. hotdog. kentang goreng sambal. ayam masak merah bersos kan Maggi, heaven bro heaven! sangat mengembirakan bagi cacing cacing fika! Tapi tak sempat imsak habis. Habis semua makanan sudah jadi taik. Macamana fika nak tahan puasa sampai ke maghrib. Azan asar je fika dah merangkak taklarat berjalan , effect utama berak selepas abis waktu bersahur ni.

Sejurus jam dekat dinding tepat pukul 500 petang, kepala otak fika yang sangat cekap bab makanan ni, tak henti henti terus terfikir Bazar Ramadhan, ya. bila dah sampai ke bazar, dengan rakus mata terjojol tengok semua jenis makanan. Ayam golek. *bergolek golek mata fika tengok*  Murtabak. Roti john. jus tembikai. yang fika takheran masa bulan takpuasa, jadi heran dan tak keruan bila di bulan ramadhan. Ini semua dugaan puasa.

 ayam golek yang buat bijik mata bergolek golek ke kiri ke kanan. tarik tarik baju ayah mintak beli kan.

 murtabak feveret di bulan puasa, semua makanan jadi feveret bila bulan puasa. Siapa kata setannn kena ikatt? Nafsu makan tambah menjadi jadi woi. Ini semuaa syaitonnnnnnnn nirojim! Setan jugak dapat nama. Sila ambil trofi di kaunter berdekatan ye sebagai tanda penghargaan kerana nama anda sangat gelamer dan femous ;)

taklupa minumam feveret fika seisi perut dan cacing cacing kerawit sekeluarga. Heaven bro sister semua kalau dapat sedut sebaldi ni. ini semua dugaan bulan puasa. kalau berjalan pergi bazar. Fika akan kena limit time 15minit sahaja! kalau idookkkkk bersepah makanan fika jinjing bawak balik rumah. mula la mak bersilatttt -_- . gua goyang kalau tengok mak bersilat. rasa nak masuk rentak silat gayung sama nanti.
  
Taklupa , fika dah mula listkan segala jenis bentuk barang nak borong untuk raya! Baju kasut. handbeg. kuih raya. mercun bola. Korang dah ke? jangan buat persiapan last minit. lepasni nekad nak kawal nafsu suka membeli makanan ikut suka bak hang, ini serius! lihat wajah kaklong kawasanku.. fika betul betul maksudkannya. untuk sebulan puasa ni , kalau pergi ke bazar hanya sejemput nasik berlaukkan seketul ayam goreng je fika akan beli. kata kata ni hanya 20% fakta , selebihnyaaa tipu je. Haaahaaaaa.

Sepanjangg bulan ramadhan yang mulia lagi lah melimpah limpah rezeki , fika harap dapat tunaikan semua kewajipan sunat , taksunat , wajib semua lah. Semoga fika dan keluarga menjadi hamba allah yang di berkati dan segala amalan di terima Allah S.W.T . 

p/s = jangan membazir di bulan ramadhan. makan apa yang perut dan cacing perlu. sekadar mengenyangkan perut. jangan melantak sampai terlentang tak ingat duniawi. ingatlah sahabat sahabat kita dekat somalia yang kurus kurus kelaparan kekurangan cekedis mereka nak makan. SELAMAT BERPUASA KAWAN KAWAN SEMUA.

No comments: