Pages

Wednesday, October 2

Aku, Kereta dan Brek.

Assalamualaikum.

sekian lama tidak menaip. terasa kekok jari jemari hendak menaip. apatah lagi kepala otak ni nak mengarang entri. sekarang hobi utama bukan lah berblogger sekerap 30saat tetapi belajar menyondol rumah orang dengan kereta sekerap 30saat. Haha. nampak adventure gila kan hobi fika sekarang.

sejak kebelakangan ni, fika busy dengan aktiviti bawak kereta dengan abang sampai lebam. hantar ayah pergi kerja naik kereta. bawak tunang abang jalan jalan naik kereta. bawak mak anak buah jalan jalan naik kereta. kesimpulan terjawab disini ialah berkaitan kereta. kereta. kereta. tapi tu la, walaupun fika masih memegang title pemandu berbahaya lagi, keinginan untuk drift kereta sampai lebam tu amat menebal sehingga ke lubang jantung.

kenangan first, fika bawak kereta dengan abang lepas dapat lesen masa hantar ayah pergi kerja. konon nak jadi anak misali hantar ayah pergi kerja. baru masuk gear tekan minyak kereta berjalan sikit. segala jenis peluh keluar macam air paip. pembawakan genetik mengeletar orang tua tua kata. 

nak keluar simpang siap kereta berderet macam jualan pisang goreng panas tepi jalan la jem dia. disebabkan sifat cermat fika nak keluar simpang. Lepas dah berjaya keluar simpang. muka berlagak macam baru lepas dapat anugerah bintang popular. kereta dekat belakang taktahu menyumpah macamanakan. ayah dengan mak dekat belakang asyik bertaranum je. takut le tu. kan kan.

tapi bawak mak ayah abang tak best. asyik menjerit je. Brek. Brek .Brek. dorang pulak yang cemas. walhal fika rileks brader, brader rileks je siap tekan minyak bila nampak motor kuar simpang. eksaited sangat tengok minyak asyik full tank tu. Bila nak gostan , masing- masing jadi pemandu arah eksaited tengok belakang ada kereta ke tak, gear tak tukar Reverse , tekan minyak kereta ke depan. Satu family menjerit dalam kereta. Kereta tak undur , Brek Brek Brek. makin kuat mak dan ayah bertaranum surah surah bertawakal.

Banyak lagi kalau nak di ceritakan kisah kisah teladan membawa kereta dengan penuh berhemah dari fika.sdn.bhd tapi takut berjurai bijik mata korang baca berjela. Korang semua doakan fika menjadi seorang pemandu kenderaan kelas D yang berhemah dan tertib di jalanrayaa hokeyyy.

okay , puteri santubong nurul afiqah hendak menghantar tuanku cikmat pergi kerja. siapa yang duduk belakang kereta fika. mintak maaf kalau pulang lewat ke rumah. wahahaaa. Moralnya di sini , ' biar pandu perlahan asal selamat. Ingat lah orang yang tersayanggg ' ** dengan gaya laungan satu.. malaysiaa.. satuuu.. malaysia**

Berjumpa lagi di entri akan datang bertajuk Hari Graduate Nurul Afiqah. Hehe. Saje promote. Terima kasih sudi baca. 

No comments: