Pages

Tuesday, December 25

Pangkor Trip.

Assalammualaikum.

malam malam buta pun nak blogging lagi kan. ala. malam ni je pon dapat online tegar sampai pepagi buta. besok dah takboleh. susah nak mengadap belog dah. oh. tanpa membuang masa dengan membaca opening merepek, apa aktiviti korang hujung minggu yang baru lepas ni?

ada yang lebih seronok dari fikaa ?

Minggu ni, minggu paling suka hati fika nak beriadah sana sini dengan kenkawan mahupun sang jejaka. maklum laa lepas dah habis belajar ni, terasa macam penganggur bertauliah pulak bila duduk temenung makan tido ngadap tv je kat rumah. Sampai makayah naik risau takut takut anak gadis mereka terkena obesiti.

Dahku telah meng-holiday-kan diri sabtu ahad lepas dengan rakan taulan sang jejaka di Pulau pangkor, Perak, hoi jemah leman oi . rasa macam nak pergi lagi empatpuluh kali. Walaupun semasa naik feri untuk ke sana terasa seperti seorang yang batak suasana laut. Nampak ikan duk jerit jerit.  'Hoi ikan ikan ' nampak ikan melompat duk tepuk tepuk tangan ' lompat lompat ' tanda teruja. Jejaka masa depan fika duk kata ikan pulang petang tu . Tanpa sedar fika mengangguk dan terasa seperti di tipu hiduphidup. Cabai ang tau laaaa.

Sepanjang berada di sana. Fika eksaited sangat! walaupun hari tu cuma sekadar selit-selit celah bayang pokok demi menjaga kulit agar tidak rentung, tapi kira okayy la. Banyak pengalaman yang fika dapat.
  • Fika duk menyelam konon konon nak belajar berenang. Tapi ............... , hanya mereka yang ada di situ tahu macamana gaya fika berenang. duk nyelam tapi timbul kat tempat yang sama. Ish ish.. 
  • tengok keindahan semulajadi memang sungguh menenangkan jiwa dan raga fika
  • jatuh boyan. dengan kadar segera lajulaju bangun takut di sedari orang ramai. Tapi jejaka masa depan fika perasan, terasa seperti nangka yang busuk jatuh ke tanah. -_-
  • dapat jelajah pangkor. walaupun kebas kebas bontot. Seperti mahu tertanggal isi dari tulang. Tapi tetap senyum tanda seronok.
Tapi paling fika teruja. bila duk keliling pekan pangkor tu. Nampak topi ala ala datin, Pergh kemain! naik nafsu membeli belah fika. Sana nak capai sini nak capai. Nasib jejaka masa depan fika layankan aje karenah fika.
Dan banyak lagi pengalaman kalau nak di ceritakan belum tentu cukup 1 2 3 page. Terasa seperti syok sendiri, taktahu orang yang baca nau'zubillah tersembul sembul bijik mata nak habiskan pembacaan dorang. Tapi pengalaman di pangkor memang sangat menyeronokkan buat fika.

Sebelum fika nak berambus meninggalkan belog dalam keadaan ketiadaan idea. Fika nak ucapkan jutaan terima kasih kepada jejaka masa depan fika sebab sudi jelajah pangkor bersama sama. Seronok kan.
taklupa jugak, jangan lupa menabung dalam tabung wedding tu nanti. Wakakaa.

jejaka masa depan fika wana biru. Fika warna pink. Kemain kerlasssssssssssss kan.
 
Terima kasih sudi baca.

No comments: