Pages

Tuesday, January 1

Tahun baru dan azam

Assalamualaikum 

rupanya dah masuk tahun baru. Rasa macam masih ada di tahun 2012. tak sempat nak telan goreng pisang cicah sambal kicap, tengok tengok dah masuk tahun baru lagi satu. hoi. cepatnya masa berlalu.
pejam celik kelip kelip dua tiga kali, Taraaaaaaaaaaa welcome to 2013.. kalau blogger lain dah post entry pasal tahun baru dari semalam atau pun tepat gile gile tak lebih sesaat pun pada pukul 12 malam tahun baru, fika pulak post mase dah nak masuk keesokkan nya 2hb tahun baru.

setiap orang mesti tengah berpusu pusu publish azam dorang kat twitter kat facebook. Tapi fika masih takdapat capai 2 3 azam tahun lepas. Itu laa time nak buat azam. Gempak gempak gilerrrrrrr.. Tapi harapan nak mencapai azam tu. Macam nak jolok durian guna cangkul. -_-

Petang 31hb. fika bersama teman 1 sekolah menengah dulu, jiera dan wani pergi ke gig SKATEROCK kat kompleks rakan muda mont kiara. kemain kau umor dah menjangkau 21. masih ada hati mahu pergi gig. moshing moshing sikit, dah terkehel tenguk. tapi fika takpaham apa yang dorang nyanyi angguk angguk kepala jela ikut muzik. Tapi tahap kegatalan menjadi jadi tatkala mata terpandang segerombolan makhluk2 Allah yang sangat la sedap mata memandang. *itu hanya lah tipu, jangan percaya hanya sempat berjimba bergambar satu dua keping je. Mungkin ini lah petanda yang fika semakin matang. kerna tidak suka bergambar. Sila muntah dengan teruk.



   sempat fika seludup masuk satu kompleks rakan muda ni tengok hasil art dorang. kemaiinn lawa

Lepas balik dari tengok gig ni, Niat di hati nak sambut tahun baru kat dataran merdeka bersama dengan rakan seperjuangan tiara wani. Nak tengok bungaapi. Lompat lompat tiga anak dara ni batak tengok bungaapi. Tapi harapan punohhh. Hanya bermain bungaapi singgit sebungkus di depan rumah bertemankan angin angin sepoi bahasa bersama emak. Dengar bunyi buah jambu jatuh ke tanah. Tangkas berlari ke dalam rumah dua beranak ni. -_-

Sepanjang 2012. memacam peristiwa singgah lalu dalam hidup fika, ada duka suka perit gatal gatal semua rasa laa. Di harapkan 2013 akan mengubah hidup fika ke arah yang lebih berguna dan lebih baik.

Mak bertanya apa azam tahun baru. Kawan tanya apa azam tahun baru. Fika hanya jawab : azam 2013, tunggu orang datang minang. Kawin jee <3

orang yang ada impian(azam) adalah lebih bagus dari orang yang hanya ikut rentak hidupnya, tapi jauh lebih bagus jika ada sekali dengan usaha.

Selamat tahun baru dan semoga menjalani kehidupan yang lebih baik dari tahuntahun sebelum nya koranggg.

No comments: