Pages

Thursday, February 7

Interview ke 2#

Assalamualaikum.

Sekarang fika dilanda krisis yang dahsyat iaitu pembahagian masa yang sangatsangat tidak terurus. Maklum laa dah berkerjaya. Opsss terlepas cakapp... Sambungan untuk entri sebelum ni. Interview kedua berjalan dengan lancar. Yes i get this job! Tapi. tapi.. tapi... Alahai kerja kinik ? Mampu kah fika cucuk jarum inject kat tangan patient tanpa tangan mengegel. Tah mana jarum tah mana fika. Berguling guling masuk kubur bersama patient -_O

Tapi, alhamdulillah berkat kesabaran fika yang tak berapa nak sabar tu. Dah 7 hari fika bergelar nurse jadian. *Ketawa setan sepenuh hati bersama yukkkkk* nurse jadian. Kenapa pulak? Tertanya tanyaa.. Let me explain.

Sebenarnya cerita dia macamni. sepanjang bergelar nurse jadian atau Clinic Assistant nama amareka dia, fika pernah tersalah bagi ubat kat pesakit, nasib ada doctor yang check kalau tak mungkin arwah dulu baik orangnyaaa. Takpasal pasal nazak orangtu fika buat. Isk Isk -_^ . Tapi nampak kan semangat insan sejagat dalam diri fikaa? Khooonnnn. Hahaha. Tu kira better lagi, fika pernah selamba badak je bukak injection sampaikan pesakit mengegel ketakutan. Nampak tak permainan fika nak jadi nurse yang disegani oleh semua pesakit. Ehem ehem.Orang tu namaa En. Leman bin Lemon, fika bagi kad nama Bedah Binti Lambok. Nasib tak mengamuk orang tu. Suka suka hati je nak tukar nama orang. Disitu la terciptanya nama NURSE JADIAN. bila dah buat salah perlahan lahan angkat kaki lesapkan diri.

Bukak jahitan kepala orang. Dengan penuh ketaksub-an ingat kan benang maka fika tariklahh sepenuh hati. Rupanya rambut brader tu.Sampaikan pesakit cakap 'Dik , kau tarik rambut abangg tuu. Sakittt dik '

Alhamdulillah, sekarang ni walaupun kerja klinik ni takda kena mengena pun dengan jurusan senibina yang fika ambik masa zaman pulun pulun lari mintak autograf lecturer sampai tergolek kat tangga sebab tanak kena bar from exam. fika bersyukur sebab dapat pengalaman tengok doctor jolok tekak orang. tengok patient jalan macam menara condong sebab taklarat. Time tu habis tenaga fika ketawa. Sebab kelaka sangat.Tapi paling best fika selalu suka pekena pesakit yang ala- ala WTF ni. Fika pasang econ dgn kipas tahap sejuk macam kat benua antratika. Mesti orang yang datang akan cakap ' kulit biawak budak budak ni taktau sejuk agaknya'.

Rententan busy dengan kerja. Sampaikan terpaksa takmengadap TV 24jam untuk menonton drama sukahati kesayangan fika. Mujurlah ada youtube yang sentiasa lembap macam anak itik pulang petang. Aip Aip. tapi dengan youtube ni hah la fika dapat tengok full episod Cerita Setia Hujung Nyawa ni.

Khusyuk punya pasal sampai mak masak ayam goreng cili merah pun takperasan. Hanya perasan bila dah tinggal tulangg -_- kejam abang abang dahku.

No comments: