Setelah hampir sebulan merempat kat rumah dengan hati yang sangat senang lenang dan ber-goyang kaki ke kiri ke kanan menghadap TV 25jam sehari. Tiba masa untuk fika bergegas gegas mencari kerja. Kumpul duit untuk kahwin. Eceh! Tipu je.
Aritu sabtu tah berapa haribulan takingat. Fika ada pegi interview kerja kat bangi. Seksyen 3. Semangat nak kerja punya pasal. Seawal pukul 630pg fika bangun padahal interview tu pukul 9. Nampak tak semangat berjimba nak bekerjaya? Fika pegi interview dengan jironnn kuehtia a.k.a makjemah*senak dada fika kalau dia ketahuan dahku berbicara sedemikian rupa* Sampai kat tempat nak di interview masingmasing tidak ke tentuan hala. Sepakat nak balik. Kepala lutut toksah cakap la. Keting tu dah boleh rasa berlaga dengan lutut. Baru Amareka sikitkan? Duk goyang goyang kepala lutut sehati bersama.
Tepat pukul 9. Kami berdua naik kat office, rupanya ada lagi sorang hamba allah yang sedang tunggu untuk di interview. Time tu peluh yang keluar dah rasa macam ais batu. nak kaver punya pasal. Duk baca suratkhabar yang dah berkurun abad. Nampak sengkek kan ofis ni. Takpe at least ada barangan antik seperti suratkhabar tu. Mula2 turn member.
Sampai turn fika. Kaki ni jalan nak masuk office tu. sikit punyaa kembangkembang ibu jari tahan daya badan yang lemah ketakutan ni -_- Tipu je sebenarnya *masuk macam ofis tu bapak fika yang punya* Bayangkan gaya berlagaknya. Rupanya interview tu macam biasa je. Siap boleh bantai gelaktawa berdekah-dekah dgn orangtu. Loyar buruk bagai.Tapi sebenarnya fika taktau pun position apa kerja ni. Rupanya kerani IT. Hah amik kau. Apa nak jawab? Saya memang minat IT walaupun amik senibina ( jawapan kaver malu ) tengok sijil awak. Bagus aktif sukan awak ni dulu. Sekarang? Fika hanya menjawab lemak bersepah keliling badan. Kang lari tah mana badan tah mana kepala. Maka tamat lah sesi interview dengan jayanya.
Selepas tu berduyun duyun kerabat kenkawan hulur hulur kerja kosong.
Ni kakak sepupu pelawa kerja casino kat genting. Rasa macam -_-. Furukkkkkfereeeekkkk 44kali. Amareka sangat dah kerja tu. Kang tiga pat tahun kerja. Dapat Title DATIN. Kemain.
Awek abang, bagi kerja helpdesk kat subang jaya. Kemain tak jauh nya kerja? Subang subanggg hoi hoi.
Kesimpulannya disini. Jangan lah kita memilih kerjaya taksume apa yang kita belajar kita akan dapat sebulatbulat bila kita keluar carik kerja. Nak seribu daya. Tanak berjuta lemon dalih. *teruk perbahasaan peribahasa fika* usaha yang penting untuk kita terus mengorak langkah jadi seorang yang berjaya dalam kehidupan kita. Tapi jangan lupa akhirat juga. Duniawi sangat pun takboleh jugak.
So. kenkorang doakan fika dapat kerja yang terbaik untuk fika. Taksebagai pelukis pelan jadi nurse kat hospital pun boleh la. Mau fika gulingguling masuk kubur tengok darah -_- . Interview kedua dan seterusnya akan menyusul. nantikan
No comments:
Post a Comment