Lama rasa nya tak menaip belog dengan tahap ke-takburan yang melampaui batas. Rindu serindu rindunya dengan belog ni *muka dalam keadaan serius, lubang hidung di kembang kembangkan* Fika la manusia spesis yang paling sibuk di dunia sekarang. Kerja setiap hari dan masa ! Lap peluh kat dahi sambil mulut muncung-2 sedut sedut pearl coolblog yang ada dalam cawan. Perasan tak fika lah kaum yang suka update cerita tunggu dah berabad- abad lamanyaaa. Naissssssssssssssssss fikaaaa, angkat kaki ramai ramai hayunkan dekat fika.
Sepanjang bulan februari ni, fika sibuk dengan kerjaya sebagai seorang nurse. Hamoi hamoi, bahasa nak kemain nurse jee! Tapi bila di suruh inject orang lari macam takcukup kaki. Jangan dijadikan contoh tabiat paranormal fika ni, sepanjang sebulan fika bekerja macam-macam pancaroba segala rintangan la dapat. Dengan aunty india yang kaki berbisol. Bila doktor pegang menjerit kalahkan orang mati kena tembak. Fika yang melompat ketakutan -_- , Pengkid konon-konon ala ala abg long kawasan setempat gayanya. Kental takkental kan? Sekali nampak injection gaya terus macam pondan tepi chowkit kena kejar imigresen -_- melalak je lebih , fika bagi ubat asma hampir hampir tersalah dose.. nasib tak arwah uncle india tu. terus pandai mengucap uncle tu :) Baru islamik sikittt..
Serius, kerja sebagai seorang yg ala ala nurse ni terasa macam berbakti kepada rakyat. Falsampah yang amat ketara dan riak tu -_0 , dan untuk esuk CUTI tapi fika busy dengan lesen pulak.Bila nak rehat dengan sepuas hati oiiiiiiiiiiiiiiiii. Oi oi orang kampunggg! Esuk fika nak pergi ambik lesen JPJ semua tu. Sila sediakan yasin dan bunga rampai. mana tau tertekan minyak langgar kandang kambing sekali dengan pakcik2 JPJ tu golekgolek pergi batu dua -_- Seram pulakk kitaaaa jahhhh. Doakan fika lulusss tau koranggg!
Dah macam eksaited sgt nak bercerita pasal lesen dgn kerjaya sebagai seorang ala ala jururawat sampai lupa nak cerita. Dah berminggu minggu yang lepas sorang classmate fika bertunang. Malas nak cerit panjang. Hanya gambar sebagai penterjemah yang mampu meringkskan semua nya.. Fookuss kat si tudung hitam. Sapa yang comel cute miut tu? Mesti semua tgh melakukan aksi sebeginikan. ┌П┐ ┌П┐ Silaa tampa dada dgn kadar kelajuan yang maksimum :)
Sebelum fika masuk untuk beradu di bawah ketiak mak *nampak tak kesimpulan yang cuba di tonjolkan disitu betapa manjanya fika. jangan jeles uolsss* fika nak selitkan sedua pekara yang bermain ligat dalam kepala otak fika. Fika ni jenis spesis manusia yang takpernah beryakinan gitu dalam membuat keputusan muktamad. bila dah buat keputusan, lepas tu was-was syak wasangka dengan diri sendiri, salah ke betul ke apa aku buat benda ni. kadang2 sampai tukar keputusan 2345678 kali. ni tahap parah dah.tetiba rasa macam buat dosa besar bila dah buat keputusan yang muktamad dengan menyakitkan hati pelbagai pihak. Ya ALLAH, dah besar besar pun aku ada masalah berontak dengan jawapann diri sendiri.
Itu la fikashee sebenarnya takda langsung tahap nasionalllistikkk dalam diri. Sila berkeyakinan gitu selepasni ye fika. Muhasabah diri dengan sebetul-betulnyaaa. Tarik nafasss pergi ke kiri ke kanan lubang hidunggg. hembusss lepaskan perlahan lahan. bila kita bergantung dengan ALLAH, kita ada masalah sebesar mana pun nanti, kita takkan rasa sorang saja untuk selesai masalah, sebab kita ada juga Dia. Dia Pencipta kita, Dia tahu, apa kelemahan kita, Dia tahu untuk kuatkan kita. Selamat malam kenkawan.
Dan terimakasih membeliakkan mata untuk menhabiskan masa menbaca belog fika. :)
p/s : Sepanjang fika bekerja. fika dapat mengeratkan silaturahim yg sgt utuh lagi la erat dgn abangabang fika. Setiap hari rutin fika berbalas mesej dengan abang untuk pickup adek ksayangan dia ni balik kerja. Bila fika takda kredit nak call. masing2 mengelupur tanya katmana. Nampak kerjasama kasih sayang yang tejalin kan. Allah tu kan Maha mengetahui apa yang hamba dia mahukan :)
2 comments:
u wearing hijab dear ?? when ?? Aminnn :)
ada laaa.. tryyy laa dearrr. give me supporttt :)
Post a Comment