Pages

Friday, March 22

Kembali segar dan bernyawa

Assalammualaikum

dah dah la tu biar belog terabai berbulan bulan kan. tak payah la sampai entry last orang khatam berjutaratuspuluh kali kann. kan.  well, kalau lebih setahun tak update entry baru maksudnya fika dah boleh masuk spesis luar biasa. Paranormal mungkin. Sila lari bertempiaran semua -_o

Sekarang ni dari hari ke hari. beralih dari minggu ke minggu baru dapat menlembutkan tangan untuk menaip isi isi penting untuk belog. Betapa sadis kehidupan fika sekarang busy dengan kerja sahaja.  Sebenarnya busy dengan membuta 24jam je. Kalah pekerja buruh binaan penattnyaa. Pekerja berdedikasi untuk abad ini ialah Nurul Afiqah. sila hentakkan kaki beramai-2..

minggu ni kira minggu dah boleh istihar bebanyak sikit kalau banding dengan minggu-2 lepas yang macam nak tah pape tahhh. Asal balik kerja je tidor. Asal tidor je mesti baru lepas balik kerja. Sampai mak pun nak bacakan yassin kat telinga. Manatau tak sedar- sedar nak di halau nya jin jin kapir yang betendang. Ish -_-

Awal bulan 3 aritu, ayah fika masuk wad. Bukan sebarang wad, wad kecemasan tau. Cemas tak cemas la fika satu keluarga. Perasaan fika tatkala tu hanya tuhan saja yang tahu. Ayah betul betul buat fika dan family tak keruan. Nak menangis ? Sampai kering airmata mungkin darah yang patut keluar rasa nya. Macam-2 benda fika terbayang time tu. Hanya berserah dan berdoa serta tawakal kepada yang Maha Esa jela.

Alhamdulillah sehari je ayah kat wad kecemasan. Selebihnya ayah di masukkan kat wad biasa. Time time ni la fika menunjukkan bakti sebagai seorang anak perempuan dalam keluarga yangg agak-2 comel dan kiut miut. Haha. Kami sekeluarga bergilir- gilir jaga ayah. Kekadang tengok ayah dah macam barang uji kaji. Kiri kanan atas bawa dalam lobang hidung pun ada wayar. Ya allah kesian ayah. Tapi nak buat macamana doktor berpulun habis-habisan nak bagi ayah fika sehat balik.

Masa kat hospital tu. Bermacam jenis umat manusia fika dapat tengok. Sementara ayah tengah syok tidur lepas makan ubat. Fika tawaf satu WAD 2 tu. Yang india nya dengan cara indianya laa. Melalak tanda protes kenapa boleh sakit macamtu. 'Ayo maaa Ayooo paaaa diinepurungggekkkkkk. Appaaa apaaaaa ammaaaa amaaaaa' Fika anggukkan kepala tanda bersimpati. Yang cina nya siap bergendang nyanyi ala ala rap-per hip hop. Fika ingatkan ada parti keramaian kat katil pesakit tu. mencelah celah bijik mata fika nak usha netau leh join sekali. Rupanya orang mati. Hanya panjangkan langkah balik ke katil ayah jela.

Alhamdulillah. Ayah dah keluar wad..! Ayah dah semakin pulih. Fika dan keluarga la orang yang paling happy :) Sekarang fika nak try ajak ayahhh jogingg dr KAJANG sampai KL , kalau boleh panjangkan langkah sampai ke IPOH netau ayah boleh lagi sehat. Aminn
****
Petang tadi, masa kerja fika seronok sangat sebab dapat naik wheelchair. Habis keluar ke-batakkan fika. Satu klinik tu fika round guna wheelchair. Siap boleh wekangg lagi. Kau ada ke bro ? Seronok tak seronok la. Dapat satu gi kerja naik tu. Mesti sampai sampai tempat kerja je fika jadi se-taff malik noor. Amboi nampak permainan dia kan.

Dan selama berbulan bulan jugak la fika tidak menghadap kamera. Terasa segan silu pulak nak bergambar buat tatapan umum. Lihatla diri dahku yang comel lagi la kiut. Jangan muntah darah. Kang orang ingat korang baca belog fika kena santau pulak. Hahaha.

  
Muka terkejut bapak beruk , teruja dapat tengok muka sendiri setelah hampir berbulan bulan tidak menatap kamera.
nampak tak seorang perempuan obses terhadap dirinya sendiri  sampai begitu sekali? -.-'

*krookk krakkkk kroookkk krakkkkk* kite tau kite wajah jawa campur korea iaitu JA-REA jewww. tapi tetap comel macam angelina jolie. -_o

No comments: