Pages

Wednesday, March 27

Duri dalam senyuman

Assalammualaikum.

Selesa rasanya berada di rumah selepas sekian lama berada selama 12 jam di klinik yang seperti lubang cacing bergerak tu -_- Sesungguhnya duduk dirumah makan tido dan bergolek adalah impian fika tatkala ini. Ayuh mak dan ayah bagi la semangat untuk fika berhenti kerja dan bergolek di rumah selama lamanya . Haha ( mungkin ini hanya impian tinggal impian  yg tidak akan tercapai )

sambil menaip entry , sambil belek muka kat webcam ni , sumpah iras macam Siti norhaliza *jangan cemburu tidak ketentuan hala sampai terjun bangunan u'olls.. sambil makan coklat satu bar beli kat giant time kerja tadi. Sikit terasa macam bakal-bakal menjadi penghidap diabetis tegar bila umor menjangkau nenek nenek. Ahh , tidak fika peduli janji gigi di penuhi coklat. Comel kan kan kan ..

sebenarnya nak ceritaa ni. Dah lama nak cerita tapi asyik takda masa je T_T

hari tu, tiap tiap pagi fika akan tunggu bus ala ala model iklan pepatung sawah padi , setiap orang yang lalu akan hon. Sikit takpaham woi . Bila dorang suwitt ala ala tikus mondok , fika hanya memandang dengan serongan mata seperti orang buta dan bila tak pandang. Ini la hujah hujah keramat yang selalu fika dapat. Rasa macam nak buat serangan mortar je kat orang - orang sebegini.
" Kau ingat kau lawa ke aku nak suwitt/ ngorat kau. Mengelabah la kau pompuan "
dah la taklawa bajet sombong nak mampus plak tu

Habis yg suwit tadi sapa bro? Oh lupa saka kau agaknya -_- . hanya ini yang mampu fika buat untuk orang yang kerek nak mammmmpp macamni ┌П┐ ┌П┐. Dia malu sendiri selepas fika tidak melayan mereka.

Satu lagi kes tatkala di sekitar tempat kerja , taktahu sawan jenis apa perempuan ni tak semena mena sound fika  " apa pandang pandang boyfriend aku . kau ingat kau cantik ke? " Fika hanya beliakkan mata seperti mahu terjojol keluar dari kelopak mata akibat serangan membabi buta perempuan tadi.

mungkin sebegini bijik mata fika terkeluar akibat terkejut dengan budaya mortar perempuan tadi

Fika rasa macam nak lenyek pulak perempuan yang mengata macam tu dengan bedoza 10 tan biar lumat langsung tak tinggal kesan. Senang forensik takdapat kesan bukti -_o , Kejam cukup kejam. Taksanggup fika nak di motivatedkan oleh wanita sedemikian rupa. Tidak tahu pucuk pangkal. Mungkin mata fika juling air ketika itu mungkin .

apa la salah fika tu sampai orang nak kritik macamtu sekali. tak kenal pulak tu. selamat la fika ni jenis hati batu. kalau hati tisu, memang betul betul di motivatedkan tahap tak boleh blah la nak mampus aa. padahal, ini semua anugerah tuhan. Cantik ke tak cantik ke. Kita sapa nak hakimi orang tu. kejam. manusia kat malaysia ni memang cukup kejam.
 Don't treat everybody else like they are nothing , and yourself like you are everything perfect.

p/s : jangan la kita menghina ciptaan tuhan yang beribu ganda hikmahnya. Setiap orang baik lawa atau buruk masing-masing ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Jaga diri sendiri sebaik mungkin dah cukup.

No comments: