Pages

Wednesday, April 24

Perubahan setelah Dewasa

Assalamualaikum.

Fika merindui kehidupan goyangg kaki saat sebelum kerja. Dulu , nak tidur lewat main game online takda hal. Selagi tak azan subuh. Selagi tu tangan sibuk menaip. Sekarang lepas dah kerja, tepat jam 10p.m tangan mencarik bantal dan tilam sahaja. Lupa apa itu online semua -_-. Dulu nak bangun lepas matahari terbenam pun takdahal waa cakap sama lu , sampai mak nak bacakan yassin takuttakut dah kiokkkkkk. sekarang 830pg harus terpacak depan klinik untuk berbakti kepada penduduk kajang. Kadang- kadang lewat. Alasan utama, tayar bus berpusing 360 darjah. Hikhik,

Kehidupan fika sekarang memang sangat busy dengan kerja. kerja. kerja. tidor pun boleh siap mimpi tengah jahit kepala orang. Nampakkan tahap pekerja contoh dia macamana. Hm ! Kerja memang best , dapat duit. Maka tahap nak jadi satu geng dengan syaitoooonnnn pun semakin ke tahap taksub. Shoping sana. Gadjet sana sini. Pembaziran yang sangat halus di situ. Akhir bulan dalam poket tinggal seposen. Nak masuk toilet pun tak lepas.

Sekarang nak pau ayah. Tiga empat kali ayah berfikir nak bagi ke tak. Yela fika kan dah dewasa. Dewasa la sangat kan! Sedih jadi dewasa ni. Nak pau pun orang was was nak bagi. Nak lak muka fika ni , Ada macam muka kaklong kawasan kajang. Lagi orang takut nak bagi. Raya nanti harap2 dapat kumpul duit raya bebanyak.Saat- saat ni la , terasa nak kembali ke zaman kanak-kanak. Tanak kerja. Tanak bangun pagi. Tanak fikir banyak masalah. Nak makan tido., golekgolek je atas tilam, minum susu fernleaf .

Tapi ada kebaikan nya jugak. Dah meningkat dewasa ni , fika dapat mengatur kehidupan sendiri. Urus masa sendiri. Walapun kekadang tak terurus. Dapat selesaikan masalah sendiri, dapat carik nafkah untuk perut melantak sendiri. Serius rasa puassss dengan hasil titik peluh sendiri. Erp itu je yang fika dapat hapdate untuk harini, maaf sebab busy mengalahkan perdana menteri 1 malaysia kita.

Selamat mengundi kenkawan.


No comments: