Pages

Sunday, November 3

Hari Jubah.

Assalamualaikum.

Entri kalini nak cerita rileks rileks sambil makan ayam goreng cicah sos cili adabi. jangan tanya la apesal lobang hidong fika kembang 20cm persegi, senyum telinga ke telinga tanpa reti nak henti, muka ni dah macam orang baru dapat nur di wajah. sifat mazmumah riak dan takbur memang jelas dan nyata dengan fika. hakhak. tolong jangan tanya.

Alaa tak suprise pulak. Benda dah berkulat org tau dekat facebook.

Dah nak dekat seminggu fika grad, tapi baru sekarang nak hapdate entri. Rasa macam ketinggalan zaman jahiliah betul lah. Hari Isnin 28/10/2013 bertempat di Dewan Sultan Iskandar, Utm Skudai Johor berlangsungnya Majlis Konvokesyen Ke51 Utm. Dan fika adalah salah sorang umat manusia yang tergolong sebagai penerima segulung diploma. Bangga tahap nak tercabut lobang hedong mak nokkkk. *tepuk ibu jari tangan kiri ke kanan untuk fika*

28hbsepuluh, adalah hari macam bersejarah jugak la dalam hidup fika dan family. Kejayaan ketika usia 22tahun kekonon. oi tua yob baru habis belajaq. org dah kawin ada anak bersepah sepah dah usia kau ni. Macam2 Suka.Duka.Geli hati. Menangis untuk berjaya seperti harini.

Perasaan syukur ni tak tahu dah nak cakap macam mana. Mana taknya dapat tengok makayah senyum macam joker. Sampai ke telinga sebab tengok kejayaan anaknya setimpal dengan ke-kopak-kan duit mereka ketika fika belajar dulu. Terima kasih emak dan ayah.

Ini lah wajah yang ada nur. Senyum telinga ke telinga. Terasa lega selesai semua. Takda fikir takut naik pentas. Takut ter-jalan kepit depan orang ramai. Hoi dah macam pondan chowkit nanti. Takut nak tersungkur time tengah salam. Maklum lah pakai heels kekonon. Takut terkentut bau bak ang masa naik pentas disebabkan nebess. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Ini lah muka muka rakan seperjuangan fika ketika belajar dahulukala. Nampak kan senyum telinga ke telinga masing masing. Abaikan tahap eksaited fika bila berhadapan dengan camera.

 Ini adalah cikhalimahcute merangkap mama gua dan ciksharifahstylo merangkap emak wani. Masing masing style dengan jubahnya. Ayah takdapat serta atas sebab sebab tertentu. Cedih tahu tak. Takdapat melaram sakan watlek watpeace gambar dengan ayah. Cewdih **

 Penerima segulung, eh bukan sebuku diploma senibina iaitu puterifikakembangsemangkuk binti riakdantakbur :)

Dan dengan itu marilah fika sajikan gambar gegedik ke-bajetkan masingmasing ketika hari jubah memasing.

Maklumlah zaman sekarang dah moden. Bluetooth dari instagram je gambar terus ke blogger. Ke-batak-kan sekejap fika macam kera masuk kandang buaya bila dapat tahu benda secanggih ni.

Memasing dah macam hakim mahkamah rayuan. Hakim majistret. Dengan topi dengan kot dengan jubah yang dah macam mak lampir berlari kejar pontianak siang hari. Ergh macam cantik je. macam comel je. macam cantik je. Haha

  cuma satu saja yang dari dulu sampai sekarang tak boleh nak ubah ubah. dari freehair sampai sekarang bertudung,entah entah ada anak pun nanti tak boleh berubah. Bhaha. Suka sangat syok sendiri , pembajet comel paling berjaya untuk abad ini. kekonon muka berpeluh sebelum nak naik pentas. Macam cantik je, macam comel je. macam cantik je. Panggg melekat setepek kaki saiz 10 di pipi mu.

Alhamdulillah, selesai semuanya dengan lancar. walaupun macam nak patah pinggang disebabkan duduk terlampau dari pukul 2.00 sampai 6petang. emak dan tunang abg sampai jalan macam nenek kebayan ketika nak keluar dewan disebabkan masalah pinggang yang lenguh. *bayangkan betapa comel mereka jalan*

Seminggu duduk hotel rasa macam anak anak menteri kerjaraya fika rasa. Makan nasi goreng ayam hari hari. Kembang kembang cacing kerawit fika. Makanan dekat johor memang murah murah. Siapa yang kaki melantak wajibalgunah. Boleh lah ke sana.

Eh taklupa nak selitkan, sehari sebelum fika nak pergi johor jejakamasadepan ada datang jumpa fika. Kekonon macam datang melawat fika sebelum nak bergerak ke johor lah sebab jejaka tidak dapat menghadirkan diri disebabkan final exam. Rasa nak bakar je poli tu. Haha
Terima kasih sebab sudi baca karangan spm fika ni. Dan tahniah kepada rakan rakan yang sudah graduate.

No comments: