Pages

Monday, December 2

Minat baru semasa menganggur

Assalammualaikum.

Sebenarnya sekarang fika salah seorang penganggur terhormat abad ni. jadi untuk mengisi masa yang sangat terlapang sementara tunggu panggilan kerja, fika pun tanam cempedak di dalam pagar. Okay. Saja buat lawak hambar macamtu. fika cuba menjahit. Manatau jadi tukang jahit berjaya kan.

Mula mula tu, nak pegang mesin jahit pun mengegel taktahu macamana. Sampai patah patah la jarum mesin mak dek kerana men bedal je menjahit. Nak gunting kain pun macam ular kena kapak kepala bengkang bengkoknya. Mak siap cakap tangan takpernah kena bedung ke masa baby, gunting kain pun bengkok. Sentap i uolls. Takpa jadikan pemangkin semangat untuk berjaya.

Alhamdulillah, sekarang ni dari zero ada jugak la pengetahuan dalam bab menjahit. Kira ada skills la  orang cakap. Tahap riak tu toksah cakap. Takburr sangatttt. Kembang kembang lobangg hidung tunjuk kat emak berjaya siapkan satu beg. Walaupun macam takrupa beg. Haha


Ni la hasil pertama fika menjahit. Yang first tu guna kain batik je. Macam vintage kekampungs sikit. Lepasni mak nak ke tesco, hari sabtu kan hari tanpa beg plastik. suh mak promote beg batik ni. Hehe. Manatau ada datin datin terpikat hati nak beli pulak kan. Kah kah kah. Kerlas kau fika. Yang second tu, fika jahit guna jeans je main potong potong. Tadaaaaa jadi beg .

yang ni fika design guna jeans jugak jadikan beg sandang. Mak cakap cantik jugak. Lepasni anak anak buah nak start sekolah bawak beg dari acik yuyun dia je. Wewit

Lepas dapat hasilkan  2 3 4 jenis beg ni. Rasa macam seronok jugak menjahit ni. Dulu, dalam kepala otak ni selalu fikir menjahit ni kerja mak mak, orang orang tua je. Hah sekali dah mejahit dengan fika fika jadi mak mak, orang orang tua. Itu la ada pepatah cakap Benci Jadi Sayang. Taksuka Jadi Minat. Len je bunyi pantun ni.

Fika harap dapat teruskan minat dalam menjahit ni. Harap takmacam hangat hangat taik unta je. Ada member siap cakap jual la beg tu. wowww rasa takconfiden nak jual. Sebab rasa macam baru belajar menjahit ni. Beg tu untuk pakai sendiri boleh la kot. Lepasni kena berguru sifukan emak untuk mahir dalam selok belok menjahit. Chayokkk fika !

Terima kasih kepada emak yang banyak membebel sampai fika dah reti menjahit sekarang. Bebelan mak amat berharga.

Nampak tak angan angan matjenin nak ada bisnes beg jahit sendiri tu menebal. Insyaallah kalau ada rezeki dan apa lagi yang kita nak kan dari redha ALLAH dalam apa jua yang kita lakukan.

Terima kasih sudi baca.

No comments: