Pages

Tuesday, February 25

ThrowBack Zaman Dulu.

Assalammualaikum.

Selak selak album tengah pagi buta ni tertengok pulak gambar fika masa baby dulu dengan diari ayah tulis cerita sepanjang proses kelahiran fika sampai la emak keluar hospital. Rasa macam na'uzubillah ni fika ke. Kenapa comel sangatsangat. macam anak orang korea utara.Bhahaha (Ketawa berdengung)Ni pertama kali fika nak cerita zaman kekecik fika dulu.

Bila tengok balik semua gambar tu. Terasa macam nak je balik ke zaman 1991.Zaman yang takda masalah nak pikir pasal kerja. Pasal cinta. Pasal duit. Pasal ? Macam macam pasal lah. rindu sangat zaman tu. Zaman kekecik dulu selalu je dapat perhatian dari semua orang. Kalau kentut pun dorang cakap ' ala comel budak ni kentut'. Sekarang kalau kentut macam zaman kekecik dulu? Mau melekat kapak kat dahi. Takpun kesan tapak kaki dekat pipi. Scared gila.

Kakak fika, jijah nama komersialnya. Kakak yang sangat garang nak mampusharamjadah, tapi baik hati.Hadiahkan fika gaun putih sebab kalau dapat adik perempuan, itu cita cita terpendam dia. Dan fika la orangtu! Menurut makayah fika, fika dulu adalah seorang makhluk yang sangat buas ya rabb. Kuat menangis , suka gigit orang (mangsa kejadian ialah sepupu fika, selalu sangat dia jadi mangsa) dan sangat manja. Ohnem *malu pulak*

Dah besar sikit fika gengster, maklum lah bercampur dengan 3 orang abang dan sorang je kakak. Boleh bayangkan tak. Fika baru nak menjengah usia tumbuh gusi tepi rahang utama. Kakak dah kawin. Terpaksa bergaul main panjat panjat macam tarzan. main lastik lastik. Main kawin kawin semua dengan abang. Mana tak gengster dan kasarnya fika.

Sejak tu, dah sebati dalam diri ni apa abang buat fika pun mesti boleh buat. Cuma satu je, abang boleh kencing berdiri tepi pokok tapi fika tak. Balik rumah peluk emak menangis nangis Haha. Zaman bebodoh kekecik dulu mana nak tahu semua tu. Rasa macam naiff sangat tau bila ingat balik. Waktu solat paling best! Masing masing berderet rapatkan saf, ayah dengan emak boleh tahan garang dulu. Bila rukuk sorang goyang bontot, semua ikut. Bila Sujud, sorang dongakkan kepala, yang lain sengeh satu sama lain. Lepastu makan penampar tangan ayah pun satu sama lain. Akrab sangat!

Dan sebab terlalu rapat zaman kekecik, bila abang abang gaduh sesama dorang pasal pokemon mana paling besar, yg jadi mangsa adalah FIKA. Sampai jadi satu kejadian maghrib tu, abang pulun gaduh mulut sesama dorang. Sorang sibuk dengan kucingzir hikhokhikhok dia. Sorang sibuk dengan cipan dia. Time tu mungkin emak teringin jadi atlet baling gunting negara, dek kerana geram abang mencarut tak ketentuan hala. Fika pulak duduk tengah2 dorang jadi pengadil. Vushhhh, terpacak gunting dekat bibir fika hasil dari balingan emak. Time tu semua diam, fika rasa  bibir fika macam bibir shon kingston time tu. Teruss *pengsan *

Waktu emak bawak pergi klinik. Pandai emak auta cakap fika jatuh katil, Sogok fika jangan bagitahu doktor dengan belikan jajan. Nampak tak. Nampak tak kasih sayang seorang ibu tu macamana. Haha. Fika tadika masatu. 7tahun macamtu la. Sejak kejadian tu abang2 takut nak gaduh lagi. Takut2 kalau emak teringin jadi ahli baling gunting lagi.

Mak kata fika seorang yang takreti duduk diam, 24jam nak main dekat luar. Patut pun gambar kekecik dulu macam anak subramaniam dan fika seorang yang kuat merajuk dan suka memberontak dulu. Apa jenis benda yang fika nak, tapi takdapat fika mengamuk. Fuh, nasib dah tua bangke ni takmacamtu. Alhamdulillah.

Dan masa umur 9tahun. Kesan parut dekat hujung mata belah kiri ni terjadi disebabkan ketaksuban fika main basikal lepas tangan. Konon nak jadi yang paling power antara abang2 dengan sepupu. Last last memang power sampai hinggap muka kat pasu bunga kesayangan emak. Muka bedarah darah siap boleh datang pau mak 20sen nak beli mainan. emak yang menjerit tengok darah. Walhal, fika steady gitu. Dan fika la anak yang paling degil tapi manja sangat. Abang duku kepala sikit. Lari ngadu kat emak. Tengok abang kena marah dengan emak. Rasa macam seronok sangat! Hahahahaahahaha.

Sekian. Entri blog ni tergantung dan macam takhabis disebabkan kemalasan nak menaip. Engkorang pun konfirm dah berbulu roma tengok entri macam esei BM ni kan.Bubuh gambaq kan senang.


1 : Ayah ( Pakmat macho)
2: Emak ( cikhalimatcutesetempat)
3: Kakak ( JijahGarangRimauMalaya)
4: Abang 1 (Arul)
5: Abang 2 (One)
6: Fika (puterisantubongcutekembangsemangkuk)
7: Abang lagi sorang tidak kelihatan.

Terima kasih sudi baca. Bye

No comments: