Pages

Monday, March 24

Kenduri Kawin.

Assalammualaikum.

Impian untuk menghapdate belog sebulan sekali nampaknya sudah tercapai. Nah segulung sijil buat diriku. Hahaha. Dalam sebulan ni macam macam benda jadi. Dengan kenduri abang, kira kenduri sambut menantu gitu lah. Dengan berlonggok jemputan kahwin kenkawan sanak saudara jiran tetangga semua.Kira untuk sebulan ni setiap hujung minggu akan merasa nasi minyak lah. Sihat sihat belaka cacing kerawit kita yeh!

22/3/2014 haritu, baru selesai kenduri sambut menantu. Fuyooo deret tiga hari sebelum kenduri tu. Fika adalah Malik Noor yang berjaya. Sixpack ada enam ketul rasanya. Lengan pun berketul ketul. Mana taknya semua benda fika kena buat. Taff sangat! Tapi biasa lah sepenat sepenat fika, penat lagi emak dan ayah sebelum kenduri tu.

 Tema hijau kuning. Selangor Vs Kedah kan. 

Sabtu tu majlis berlangsung, sibuk gua satu family time tu kalahkan menteri dalam negeri tengah berkempen you know. Haha Dengan lagi sejam nak pukul 12 kena pergi mydin beli sudu beratus ratus piece. Pakai seluar petak petak baju gambar teddy. Nampak tak gaya indon gua tu macamana. Malu toksah cakap. Tapi alhamdulillah majlis berjalan lancar.

ni semua sedara mara. tetamu campur sekali lah berselfie kekonon.
Kira penduduk kampung gua memang sporting sangattt lah.

Dalam sibuk sibuk tengah menyalam tetamu yang hadir. Ayah jalan pun macam menari nari ( tanda kepenatan. kepitaman akibat panas melampau). emak tengah khusyuk berdiri macam nyanyi lagu negaraku padahal tengah menunggu tetamu. Datang pulak YB mana tah yang kononnya tengah berkempen untuk pilihanraya kecil dun kajang. Kena sediakan meja lah apa lah. Hoi penat tau tak.

Selesai majlis semua tetamu dah balik. Kami adik beradik berjemaah basuh periuk belangga termasuk pengantin yang takda lah baru sangat. *fika kahwin nanti dah request kat ayah nak kahwin kat hotel 5bintang nak panggil najib rosmah sekali. Taknak penat penat basuh periuk semua. Maka ayah hanya menunjukkan penumbuk untuk di lekatkan ke pipi. K fine fine paham. Sobsob

Padahal ketiak tengah menangis. Sempat berselfie puterifikakembangsemangkuk ni. Haha

Keesokkan harinya, duapuluhtigaharibulan kawan sekelas kahwin. Memang berturut lah makan nasi minyak. Berat kalau timbang mahu macam berat anak badak rasanya! Seram kitaa jemahhhh. Dorang kapel dari zaman sekolah lagi kot. Rasa macam wow happy ending alam percintaan dorang. Suka sangat.

Ecah & Oyin wedding.

Masa kenduri macam ni lah boleh reunion kenkawan sekolah lama dulu. Memasing dah dewasa, Yang tinggi makin tinggi lah. Yang pendek makin pendek lah. Yang kurus makin kurus. Yang gemok bertambah tambah gemok. *pengecualian untuk fika sebab maintain* Haha

Rindu sangat sangat kot alam persekolahan. Zaman hingusan. Zaman mintak mak duit belanja lebih nak beli hotdog goreng dekat kantin sekolah. Takdapat hentak hentak kaki. Rindu sangat.

Setakat tu jela. fika dapat menaip. Otak dapat berfikir secara relevan. Sambil tengok tv PM umumkan penumpang MH370 crashed at Indian Ocean. Ya allah sedihnyaaaa. Undi dekat kajang dah habis. Maka timbul lah kapal terbang tu. Yang takbest nya semua penumpang died. Salam takziah untuk family mangsa.

kita sedekahkan Alfatihah untuk mangsa mangsa MH370 yang beragama islam.

No comments: