Pages

Tuesday, November 4

Kembali.

Assalammualaikum.

Setelah hari berganti bulan. bulan belum berganti tahun. Baru la dapat menghidupkan balik belog ni. Rindu sangat. Rindu dia umpama macam takdapat makan ayam goreng 3minggu. Haha

Entah la korang, sekarang ni pika lebih leka dan suka menjahit bag bag jeans. Mendesign bag bag tu. Kekadang sampai ke pagi buta. kekonon nak kalahkan Hatta Dolmat. Tapi tak kesampaian. So, masa yang sepatutnya terluang untuk menghapdate belog habis di qada kan untuk membuta. Sadis.

Memula nak bertapak dalam dunia perniagaan ni. Rasa dia macam neraka sangat . banyak benda nak kena pikir . ingatkan dulu mudah. Semudah ABC.. Tapi hanya tuhan sahaja yang tahu. Takcukup dengan ada segelintir hamba Allah yang sentiasa nak menjatuhkan kita. Yang selalu pandang rendah dengan apa yang kita buat. Rasa macam kecik lubang jantung tu berleluasa sangat. Tapi dek kerana cita cita nak ada produk sendiri bila dah besar nanti. Ku tabahkan juga. Dah macam ucapan PM pulak rasanya.

Sekarang proses untuk memperkembangkan lagi apa yang fika dah usahakan. Memang sangat mencabar. Kadang kadang otak tu jem sebab terlalu banyak berfikir. Haha. Engkorang boleh la melawat website ni.

INSTAGRAM : KEDAIJEANSHANDMADE
PAGES FB : HANDMADEJEANS

Dekat situ engkorang boleh tengok semua design bag yang masih available untuk di beli. Nak tengok bag jeans yang di design ikut kepala otak fika sendiri pun boleh jugak. Haha.
Tapi seronok nya satu dua lah dapat meningkatkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang.

Dulu waktu sekolah kemain benci sangat akaun. Hah, sekarang benda tu lah fika kena hadap sebab nak tengok duit keluar masuk untung rugi semua. Pergh gaya dah macam usahawan tudung fareeda pulak kan.

Apa - apa pun engkorang semua doakan fika maju jaya ye dengan apa yang fika lakukan. Manatau esuk lusa tulat kelmarin tahun depan.. Dapat pangkat Datin Fika Cute Sedikit ke kan, Haha

Ada masa fika update perkembangan seterusnya.
Terima kasih sudi baca. 

2 comments:

Edd said...

Waaahh~ gud luck!! :)

fikashee said...

kikiki thankyouuu yediii tengkuuu bagai . Haha