Pages

Thursday, October 13

Cerita fikashee. Kah3

Assalamualaikum.

Indahnya sungguh menulis blog. Ramai nya orang bersuka ria.Adik ku manis... Eh eh eh macam lagu. Haha. Okay baru rasa teringin gila nak menaip , bercerita dan yang seangkatan dengannya. Pejam celik pejam celik taksangka dah tahun 2016. Apa 2016? Ye dan beberapa puluh hari je lagi untuk gua nak kahwin. Omputih cakap countingsday gitu.

Padahal tak rasa pun nervous ke apa. Rasa macam oh nak kahwin dah ke. Dah baligh rupanya aku ni. Takbest nya lepasni kena berfikir macam orang tua dah. Kahkahkah. Please ah. Nak jadi kanak kanak riang balik. Tapi kahwin pun best jugak. Ok kepala otak ditubuhi lalang.

Sepanjang 2016 ni. Banyak benda lah gua belajar. Ada suka. Ada sedih. Ada rasa nak lempang orang. Macam macam rasa lagi. Dan yang paling macam sentimental sikit. Sepanjang 2016 ni gua sehabis baik luangkan masa dengan emak. Selalu jugak ah bawak mak gua jenjalan. Tapi jenjalan tesco lah. Kopak dari segi kewangan tu perkara biasa yang gua rasa.

Ok jugak apa jenjalan tesco, dapat gua kenal mana ikan patin & ikan keli. Esuk lusa mak mentua suruh beli ikan keli. Takda la aku bawak balik ikan patin. Kikikiki. Lepasni dah duduk perak. duduk jauh dari emak ayah. Hmm, macam alergik pulak rasanya. Ok Ok Ok , gua tekankan disini yang gua bukan anak manja tapi nanti mesti gua rindu mak ayah. ( anak manja la tu namanya syaitannnnn). Tsk Tsk. Nangis berirama.

Yang penting, nanti dah kahwin gua dah ada impian nak satu rumah dihiasi barang bercirikan hello kitty & jeans. Kahkah. Nasib la siapa suami gua. Kena lah belajar redha untuk tidur beralaskan cadar hello kitty. Rasanya macam dah kering pulak otak ni nak menaip.

Sebelum gua nak tidur. Engkorang ringankan la jari jemari korang untuk jenguk instagram @kedaijeans gua. Memacam barang ada. kikikiki. Ok last last. Nak blah ah ni. Goodnight kesayangan. ( Kentut lima  harkatttt)


No comments: