Assalammualaikum
Selamat pagi kepada kawankawan yang sedang menyiapkan sarapan cekodok untuk santapan keluarga. Kenapa awal fika bangun? Adakah di sebabkan fika bermimpi berlari berkejaran di padang bola bersama sama Pak Najib? Oh bukan begitu tapi kerana masalah mata yang sudah terbiasa terkebil hingga ke subuh.
Takboleh tido apa nak buat? -_- menari ? berjoging? Peluk mak tidur bawah ketiak mak sampai tertidur? *nampakkan kasih sayang dengan ibu begitu kuatkan kan. Heee. Bukan bukan , bukan itu yang fika mahu taip. Tapiiiiiiiii......
Lihat laa pada diriku. Dari atas sampai bawah. Jangan terkebil mata memandang kasut disebelah kiri dahku tu, seperti mahu aku butakan matamu nanti. Lihat diriku.Fokus. Aku bukan insan yang sempurna. Belum cukup sempurna untuk menjadi yang terbaik dan terbaik di antara berjuta umat di muka bumi ini. Dan takkan ada istilah sempurna dalam diri dahku. Kenapa? *Tu pun nak tanya.. jadi malaikat la baru perfect 100%*.
Kesilapan ?
Hari- hari fika buat silap. Kadang- kadang silap yang fika buat sampai orang tu rasa nak bakar fika hidup-hidup rasanya. (-_-") nyorok dalam peti sejuk fika ketakutan ya amat. Tapi selepas buat silap mesti fika akan menyesal. Ibarat pepatah yang selalu kena batang hidung fika, Takguna menyesal sekarang. Tiada guna nya lagi. Tapi fika pun taktahu kenapa masih nak buat silap jugak, silap mata mungkin selepas ni. Haha Tapi satu kesilapan yang fika sering lakukan berulang kali. Memakan seluruh pelusuk hatiku.
Tapi, sekarang fika tengah belajar macamana cara nak jadi yang terbaik. belajar macamana cara agar takbuat silap selalu. belajar erti menghargai. belajar erti kepercayaan terhadap seseorang. Dan yang penting fika akan belajar cara untuk terus dan terus menyayangi, mencintai dan merindui jejaka masa hadapan fika dengan setulus hati. *kemain jiwang. Meleleh hingus terharu fika buat entri jiwang seperti ni* Sila muntah darah beramai- ramai..
p/s : Akanku sayangi dirimu dan mencintai dirimu hingga ke hujung alunan nafasku. jika aku bukan yang terbaik yang singgah pada dirimu. Jadikan la aku seseorang yang amat bermakna dan terbaik di dalam dirimu wahai jejaka masa hadapan ku. Jika beribu kesilapan yang telah aku lakukan padamu. Maafkan lah setiap kesilapan itu. Walaupun berulang kali.Agar dapat aku terus dan terus berkasih dan sayang padamu hingga kita melangkah ke jinjang pelamin.Hanya kamu seorang yang aku sayang dan cinta hingga ke akhir hayat. - novel kening Production Sdn.Bhd -
No comments:
Post a Comment