Pages

Friday, January 11

Kawan baik bertunang

Assalamualaikum


Tahun baru 2013 ni, tahun kawankawan fika bertunang secara beramai ramai. Ada yang akan kawin. Beranak. Semua laaa spesiss jenis yang berkaitanan dengan perkhawinan dan berkeluarga. Fika? Masih forever alone. Jadi haruslah anda semua boobaaabooobaaa kepada fika kerana masih forever alone. Taksabar mahu jejaka masa hadapan datang ajak tunang kawin. Wow! Alangkah indahnya seperti sedang terbang di langit tapi tibe tibe kedebuk terlanggar kapal terbang sedang berjalan. Rupanya fika hanya berangan. Dan hanya menaip entri berbaur forever alone.
Sabtu minggu lepas punya lepas. Tapi takda la lepas sangat, 5hb januari 2013. Kawan baik fika tunang. Tahniah di ucapkan buat Gopen, Eh bukan Gopen tapi Maziea Mussa la. *confirm kena kelar leher kalau dia tahu fika panggil dia gopen*. Taklama lagi akan bergelar isteri orang la dia. Sobsob. Takdapat la nak berjimba sampai tengah tengah pagi buta lagi. Ada yang kena kehel rahang dengan suami dia nanti. Tapi terharu sangat bila dapat tahu kawanbaik fika nak tunang.
Fika la orang pertama yang bocorkan rahsia dekat semua orang. Konon konon terlepas cakap laa. Abih ngamuk dia kat IM facebook. Sorry eksaited plak kita maz! *berlarilari bawak sepanduk mazia nak tunangg woiiii. Tak tak fika tipu je* Tapi best, time minggu minggu nak dekat dengan tarikh pertunangan mereka. Fika dengan zura la manusia di muka bumi ni yang paling eksaited tolong carikkan baju tunang dia. Tapi takdapat.
Jumaat petang tu. Fika dengan zura la orang terawal yang sampai nak tolongtolong apa yang patut. Tapi sampai rumah dia, terus kena buat kerja dapur. Potong bawang. Tah mana bawang tah mana fika, menangis teresak esak je lebih berjurai jurai hingus. Itu la penangan bawang. -_- . itu takbermakna fika takreti masak. Hehehe. Tapi malam tu fika eksaited sangat sebab kena gubah hantaran. Takterungkap perasaan dalam hati ni. Dah la tu benda feveret fika. Gubah gubah ni. Sekarang ni sapa yang nak tunang? Fika ke kawan baik fika. Maaf fika memang suka over dalam segala hal duniawi ni. Kahkahkah.
Ni hantaran dari pihak lelaki dan perempuan. Tu tu yang hantaran ada warna oren oren tu fika dan kawan baik fika yang bertungkus lumus siapkan, Konon nak dapat pujian lee tu? 
 Ngucap panjangg panjang fikaaa. Ish ish.


Ni la penganting nyaa. Penganting? Anting anting ke apa? Maaf dah terbiasa cakap terengganu sejaksejak tengok maharajalawakmega aritu. Yang belakang tu hantaran belah perempuan. Lawa kan? Hehehheehee.
Maziea musa with Amin. So sweetkan?

Ni baru buat entri pasal mazia bertunang pun dah nak dekat panjang berjela. Abis julingjuling mata korang nak habiskan membaca entri yang panjang berjela jela mengalahkan cerpen ni.
Belum lagi entri pasal fika bertunang. Mau 3 4 hari takhabis menaip lagi konon nak tunjukkan kat sumorang tahap eksaited fika bergelar tunangan orang. Hoi, kenapa nak mencelahkan nama ni. Lama lagi laa nak merasaa. * tampa pipi lajulaju*

Takpe takpe. Sekarang masa untuk forever alone buat sementara waktu. Ada orang masuk minang jalan terus. Heheee. Kemain gatal anak cik limah ni. Ucapan untuk Maz dan Amin semoga cepatcepat kawin. Fika taksabar nak isi perut dengan nasi minyak free dan cekedis percuma sebagai hadiah dari korang. Hehe

Terima kasih sudi baca.

No comments: