Pages

Thursday, January 16

Pengalaman dan Hobi.

Asalamualaikum.

Tahun 2014 dah. Menaip untuk entry dari tahun lepas taksudah sudah. Haiyooo! Ini buta huruf ke apa lambat sangat publish entry fika oi.

Sekarang ni, masa fika banyak habis dengan benda-benda dekat rumah. Kemas rumah. Basuh kain. Sapu sampah. Masak telur goreng hanget. Masak nasik kerak 5inci. Menjahit tu penting. Surirumah sangat sekarang ni jemah oi. kalau dulu keluar senantiasa, pagi keluar harapan untuk balik petang adalah sangat tipis. selalunya, malam tu, baru selesai berjimba sakan melepet tak ketentuan hala dengan kenkawan. Main lari lari dekat dataran merdeka. Acah-acah aishah 50sen sangat memasing.

Baru-baru ni fika di panggil interview as a it assistant. Skop kerja jauh panggang daripada api. Kire lari bidang dari apa yang fika study masa dekat kolej dulu. Mula la mengelupor tanya sumorang apa tu ip apa tu networkcard. Hah gelabah itik kau pipika. Dan dgn interview ni jugak la jadikan fika wanita gagah 1malaysia pagi tu, drive kereta manual tanpa sesiapa disisi. Kau gilaaaa sensoranggg je drive manual car dengan jem, dengan kereta berpuluh puluh lemon dokek kajang tu.
Mak siap pesan macam macam. Baca doa itu baca doa ini. Bawak perlahan, jangan memotong. ikut lorong yang betul. Jangan drift. Ingat fika kaki drift ke mak? Lori balak 3tan lalu sebelah dah mengegel tangan pegang stereng kereta inikan nak drift. Mau muntah darah dalam kereta tu sensorang. Hhaha


Fika pulak yang naik risau dengar mak bermukadimah. Tapi dalam perjalanan nak ke tempat interview tu dengan kerja mrt bersepah tepi jalan situ la tempat paling kerap fika tekan minyak. takutt oi kena hempap konkrit leperrr kepala gua dalam kereta tu nanti. Baru fika tahu erti bertaranum macam mak ayah dulu. *seram mak nokkk. Apapun, alhamdulillah fika selamat sampai dan selamat balik. Emak ayah lah orang paling happy sebab tengok fika balik, jalan takguna buku lali lagi. Masih normal.

Tutup cerita pasal interview tu. dalam masa menunggu rezeki bekerja as a wanita bekerjaya. fika ada lah jugak goyang otak buat benda alah ni. Sementara tunggu stok supply jeans untuk buat beg seterusnya dapat. So kita cipta benda lain dulu. Maka terjadi la benda alaa comel ni.


Hah, jahitan tu terabur sebab first time jahit zip. pertama kali jahit zip terbalik. kali kedua takboleh zip. Kali ketiga zip senget. Kali keempat, zip tu mungkin tahu setan general fika diluarbatasan. Menjadi jugak! Hobi kekonon ni. Apapun korang doakan fika cepat dapat kerja. Dapat serius dalam bidang bisnes jadah ni. Cepat kawin jugak jangan lupa doakan. Hikhik @_@

Kepala otak pun jem tetiba sebab taip terlalu panjang. Sambung entry lain la pulak. Hihi. Sebelum tu ada la sikit kata kata pujangga dari mak. Dalam setiap apa kita lakukan, perlu ada keyakinan , usaha, doa , bersungguh-sungguh dan tawakal. Insyaallah akan ada rezeki di situ.



Kekonon posing sebelum nak test market, hantar beg batik dekat customer gitu. Hahaha

Terimakasih sudi baca :)

Monday, December 2

Minat baru semasa menganggur

Assalammualaikum.

Sebenarnya sekarang fika salah seorang penganggur terhormat abad ni. jadi untuk mengisi masa yang sangat terlapang sementara tunggu panggilan kerja, fika pun tanam cempedak di dalam pagar. Okay. Saja buat lawak hambar macamtu. fika cuba menjahit. Manatau jadi tukang jahit berjaya kan.

Mula mula tu, nak pegang mesin jahit pun mengegel taktahu macamana. Sampai patah patah la jarum mesin mak dek kerana men bedal je menjahit. Nak gunting kain pun macam ular kena kapak kepala bengkang bengkoknya. Mak siap cakap tangan takpernah kena bedung ke masa baby, gunting kain pun bengkok. Sentap i uolls. Takpa jadikan pemangkin semangat untuk berjaya.

Alhamdulillah, sekarang ni dari zero ada jugak la pengetahuan dalam bab menjahit. Kira ada skills la  orang cakap. Tahap riak tu toksah cakap. Takburr sangatttt. Kembang kembang lobangg hidung tunjuk kat emak berjaya siapkan satu beg. Walaupun macam takrupa beg. Haha


Ni la hasil pertama fika menjahit. Yang first tu guna kain batik je. Macam vintage kekampungs sikit. Lepasni mak nak ke tesco, hari sabtu kan hari tanpa beg plastik. suh mak promote beg batik ni. Hehe. Manatau ada datin datin terpikat hati nak beli pulak kan. Kah kah kah. Kerlas kau fika. Yang second tu, fika jahit guna jeans je main potong potong. Tadaaaaa jadi beg .

yang ni fika design guna jeans jugak jadikan beg sandang. Mak cakap cantik jugak. Lepasni anak anak buah nak start sekolah bawak beg dari acik yuyun dia je. Wewit

Lepas dapat hasilkan  2 3 4 jenis beg ni. Rasa macam seronok jugak menjahit ni. Dulu, dalam kepala otak ni selalu fikir menjahit ni kerja mak mak, orang orang tua je. Hah sekali dah mejahit dengan fika fika jadi mak mak, orang orang tua. Itu la ada pepatah cakap Benci Jadi Sayang. Taksuka Jadi Minat. Len je bunyi pantun ni.

Fika harap dapat teruskan minat dalam menjahit ni. Harap takmacam hangat hangat taik unta je. Ada member siap cakap jual la beg tu. wowww rasa takconfiden nak jual. Sebab rasa macam baru belajar menjahit ni. Beg tu untuk pakai sendiri boleh la kot. Lepasni kena berguru sifukan emak untuk mahir dalam selok belok menjahit. Chayokkk fika !

Terima kasih kepada emak yang banyak membebel sampai fika dah reti menjahit sekarang. Bebelan mak amat berharga.

Nampak tak angan angan matjenin nak ada bisnes beg jahit sendiri tu menebal. Insyaallah kalau ada rezeki dan apa lagi yang kita nak kan dari redha ALLAH dalam apa jua yang kita lakukan.

Terima kasih sudi baca.

Sunday, November 3

Hari Jubah.

Assalamualaikum.

Entri kalini nak cerita rileks rileks sambil makan ayam goreng cicah sos cili adabi. jangan tanya la apesal lobang hidong fika kembang 20cm persegi, senyum telinga ke telinga tanpa reti nak henti, muka ni dah macam orang baru dapat nur di wajah. sifat mazmumah riak dan takbur memang jelas dan nyata dengan fika. hakhak. tolong jangan tanya.

Alaa tak suprise pulak. Benda dah berkulat org tau dekat facebook.

Dah nak dekat seminggu fika grad, tapi baru sekarang nak hapdate entri. Rasa macam ketinggalan zaman jahiliah betul lah. Hari Isnin 28/10/2013 bertempat di Dewan Sultan Iskandar, Utm Skudai Johor berlangsungnya Majlis Konvokesyen Ke51 Utm. Dan fika adalah salah sorang umat manusia yang tergolong sebagai penerima segulung diploma. Bangga tahap nak tercabut lobang hedong mak nokkkk. *tepuk ibu jari tangan kiri ke kanan untuk fika*

28hbsepuluh, adalah hari macam bersejarah jugak la dalam hidup fika dan family. Kejayaan ketika usia 22tahun kekonon. oi tua yob baru habis belajaq. org dah kawin ada anak bersepah sepah dah usia kau ni. Macam2 Suka.Duka.Geli hati. Menangis untuk berjaya seperti harini.

Perasaan syukur ni tak tahu dah nak cakap macam mana. Mana taknya dapat tengok makayah senyum macam joker. Sampai ke telinga sebab tengok kejayaan anaknya setimpal dengan ke-kopak-kan duit mereka ketika fika belajar dulu. Terima kasih emak dan ayah.

Ini lah wajah yang ada nur. Senyum telinga ke telinga. Terasa lega selesai semua. Takda fikir takut naik pentas. Takut ter-jalan kepit depan orang ramai. Hoi dah macam pondan chowkit nanti. Takut nak tersungkur time tengah salam. Maklum lah pakai heels kekonon. Takut terkentut bau bak ang masa naik pentas disebabkan nebess. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Ini lah muka muka rakan seperjuangan fika ketika belajar dahulukala. Nampak kan senyum telinga ke telinga masing masing. Abaikan tahap eksaited fika bila berhadapan dengan camera.

 Ini adalah cikhalimahcute merangkap mama gua dan ciksharifahstylo merangkap emak wani. Masing masing style dengan jubahnya. Ayah takdapat serta atas sebab sebab tertentu. Cedih tahu tak. Takdapat melaram sakan watlek watpeace gambar dengan ayah. Cewdih **

 Penerima segulung, eh bukan sebuku diploma senibina iaitu puterifikakembangsemangkuk binti riakdantakbur :)

Dan dengan itu marilah fika sajikan gambar gegedik ke-bajetkan masingmasing ketika hari jubah memasing.

Maklumlah zaman sekarang dah moden. Bluetooth dari instagram je gambar terus ke blogger. Ke-batak-kan sekejap fika macam kera masuk kandang buaya bila dapat tahu benda secanggih ni.

Memasing dah macam hakim mahkamah rayuan. Hakim majistret. Dengan topi dengan kot dengan jubah yang dah macam mak lampir berlari kejar pontianak siang hari. Ergh macam cantik je. macam comel je. macam cantik je. Haha

  cuma satu saja yang dari dulu sampai sekarang tak boleh nak ubah ubah. dari freehair sampai sekarang bertudung,entah entah ada anak pun nanti tak boleh berubah. Bhaha. Suka sangat syok sendiri , pembajet comel paling berjaya untuk abad ini. kekonon muka berpeluh sebelum nak naik pentas. Macam cantik je, macam comel je. macam cantik je. Panggg melekat setepek kaki saiz 10 di pipi mu.

Alhamdulillah, selesai semuanya dengan lancar. walaupun macam nak patah pinggang disebabkan duduk terlampau dari pukul 2.00 sampai 6petang. emak dan tunang abg sampai jalan macam nenek kebayan ketika nak keluar dewan disebabkan masalah pinggang yang lenguh. *bayangkan betapa comel mereka jalan*

Seminggu duduk hotel rasa macam anak anak menteri kerjaraya fika rasa. Makan nasi goreng ayam hari hari. Kembang kembang cacing kerawit fika. Makanan dekat johor memang murah murah. Siapa yang kaki melantak wajibalgunah. Boleh lah ke sana.

Eh taklupa nak selitkan, sehari sebelum fika nak pergi johor jejakamasadepan ada datang jumpa fika. Kekonon macam datang melawat fika sebelum nak bergerak ke johor lah sebab jejaka tidak dapat menghadirkan diri disebabkan final exam. Rasa nak bakar je poli tu. Haha
Terima kasih sebab sudi baca karangan spm fika ni. Dan tahniah kepada rakan rakan yang sudah graduate.

Thursday, October 17

Majlis Nikah Sahabat Baik.

Assalamualaikum.
Sekarang ni, nak hujung hujung tahun jemputan kawen toksah cakap la dah boleh buat album. Bersepah sepah orang hantar kad. Dengan abang punya wedding lagi. Sedara lagi. Orang kampung lagi. Mampu kumpul hadiah atau tak je sekarang. Fika senang, amik pinggan cawan mak dekat dapur. Balut dengan papergift hello kitty. Cakap selamat pengantin baru. Jimat kan. Haha *kedokott taik hidung kuning betul* 
12hb sepuluh lalu, Sahabat Baik dunia akhirat nikah. amboi, bahasa mukadimah macam nak jawab karangan spm. tak kan lah tak pergi kan. Ada kena hambat dengan penyapu takpun parang bila keluar rumah. Takpun ada muka kembang sebelah kena simbah asid gara gara takdatang majlis bahagia BFF. 
Dari zaman sekolah rendah, Zaman kanak kanak ribena lagi kami berkawan. Zaman panggil nama bapak dari jauh. Sekarang dah kawen BFF fika , tinggal 3 yang masih bujang. Sorang lagi odw tunggu giliran . Yang sorang menanti orang masuk meminang. Yang sorang lagi pun tu pun sama. 

Cair lubuk hati. Syahdu rasa hati. Bila Sahabat baik selamat diijabkabul dengan sekali lafaz sahaja. Tahniah Mardziyah anak cik Musa selamat bergelar isteri kepada suamimu. Terbayang fika pulak macamana nanti. Menyempat lagi :)

 Semoga kekal bahagia ke anak cicit sahabat.

Wednesday, October 2

Aku, Kereta dan Brek.

Assalamualaikum.

sekian lama tidak menaip. terasa kekok jari jemari hendak menaip. apatah lagi kepala otak ni nak mengarang entri. sekarang hobi utama bukan lah berblogger sekerap 30saat tetapi belajar menyondol rumah orang dengan kereta sekerap 30saat. Haha. nampak adventure gila kan hobi fika sekarang.

sejak kebelakangan ni, fika busy dengan aktiviti bawak kereta dengan abang sampai lebam. hantar ayah pergi kerja naik kereta. bawak tunang abang jalan jalan naik kereta. bawak mak anak buah jalan jalan naik kereta. kesimpulan terjawab disini ialah berkaitan kereta. kereta. kereta. tapi tu la, walaupun fika masih memegang title pemandu berbahaya lagi, keinginan untuk drift kereta sampai lebam tu amat menebal sehingga ke lubang jantung.

kenangan first, fika bawak kereta dengan abang lepas dapat lesen masa hantar ayah pergi kerja. konon nak jadi anak misali hantar ayah pergi kerja. baru masuk gear tekan minyak kereta berjalan sikit. segala jenis peluh keluar macam air paip. pembawakan genetik mengeletar orang tua tua kata. 

nak keluar simpang siap kereta berderet macam jualan pisang goreng panas tepi jalan la jem dia. disebabkan sifat cermat fika nak keluar simpang. Lepas dah berjaya keluar simpang. muka berlagak macam baru lepas dapat anugerah bintang popular. kereta dekat belakang taktahu menyumpah macamanakan. ayah dengan mak dekat belakang asyik bertaranum je. takut le tu. kan kan.

tapi bawak mak ayah abang tak best. asyik menjerit je. Brek. Brek .Brek. dorang pulak yang cemas. walhal fika rileks brader, brader rileks je siap tekan minyak bila nampak motor kuar simpang. eksaited sangat tengok minyak asyik full tank tu. Bila nak gostan , masing- masing jadi pemandu arah eksaited tengok belakang ada kereta ke tak, gear tak tukar Reverse , tekan minyak kereta ke depan. Satu family menjerit dalam kereta. Kereta tak undur , Brek Brek Brek. makin kuat mak dan ayah bertaranum surah surah bertawakal.

Banyak lagi kalau nak di ceritakan kisah kisah teladan membawa kereta dengan penuh berhemah dari fika.sdn.bhd tapi takut berjurai bijik mata korang baca berjela. Korang semua doakan fika menjadi seorang pemandu kenderaan kelas D yang berhemah dan tertib di jalanrayaa hokeyyy.

okay , puteri santubong nurul afiqah hendak menghantar tuanku cikmat pergi kerja. siapa yang duduk belakang kereta fika. mintak maaf kalau pulang lewat ke rumah. wahahaaa. Moralnya di sini , ' biar pandu perlahan asal selamat. Ingat lah orang yang tersayanggg ' ** dengan gaya laungan satu.. malaysiaa.. satuuu.. malaysia**

Berjumpa lagi di entri akan datang bertajuk Hari Graduate Nurul Afiqah. Hehe. Saje promote. Terima kasih sudi baca. 

Wednesday, September 4

Dengki dan Bahagia

Assalamualaikum.

kawan kawan semua marilah gelak berjemaah dekat fika kerana berjaya menghapdate belog cuma sebulan sekali sahaja. dipersilakan gelak. *hambar* . Dah sebulan fika duduk rumah tanpa bekerja , rasa macam anak menteri sangat rayaraya ni kan dengan openhouse merataa , kawan sekolah kahwin berjemaah sana sini, sedara bertunang berjemaah sana sini, kawan beranak berjemaah sana sini. nampak macam kenyang la cacing kerawit fika untuk bulan syawal ni makan tanpa henti. ohnemnemnem

tapi sejak sejak takbekerja duduk rumah membesarkan badan serupa badak berendam ni terasa macam ramai yang ambil berat akan diri fika , dah macam iklan shampoo plak kerana dirimu begitu berharga. Cewah. tapi rasa macam semak pun ada. Orang boleh cakap fika ni macam takfikir masadepan , macam takmatang , macam dah taksesuai perangai goyang kaki dekat rumah dengan umur dah 22tahun, macam mengada- ngada manja dengan makayah taknak kerja, macam gedik bajet macam anak sultan duit income masuk setiap wekeend, eh.

tapi yang "macammacam" tu lah buat fika happy sentiasa 24jam ada dengan makayah. buat fika nampak siapa yang suka sangat mengata fika. Dengki tahapp syaitonnn nirojim. menaip sambil kerutkerut dahi tanda geram sangat hati ni. 

 
Biar lah orang nak mengata kita gedik. mengada. muka mintak kaki. fika tetap jadi diri fika sendiri.buat apa selesa kan diri orang lain, ikut cakap orang lain yang senantiasa macam tapir dengkikan kita hidup bahagia macam badak berendam dekat rumah. padahal tu bukan diri kita sendiri. percaya lah, bila jadi diri sendiri, selain kita rasa selesa berada dalam jasad dan roh sendiri, orang akan rasa seronok untuk berkawan dengan kita. macam lari je topik perbahasan kalini. takpa itu memang selalu terjadi lain difikir lain yang di taip.

kalau tak bekerja, cakap pemalas. kalau dah kerja busy buat ot balik malam rajin kerja, cakap anakdara apa tu manjang busy takreti duduk rumah. lagi satu jenis manusia macam iblis sikit. bila takpakai tudung cakap makbapak takajar tutup aurat. bila pakai tudung cakap takpayah hipokrit nak pakaipakai tudung la. itu lah manusia. padahal dalam diri ni takda sapa yang tahu apa kita rasa, mulut orang taksiapa boleh tutup walau agung sekalipun. kecuali kita larilari itik kejar orangtu sambil bawak kapak/pedang samurai nak tetak mulut orangtu. mungkin mereka cuak dan takmengata lagi.

Fika 22 tahun baru. rilek brader brader rilek. nak berjimba karoake sana sini pun boleh lagi. rasa malas pulak nak mem-beban-kan diri jadi diri orang lain. bapak aaa tak best. esok lusa, biarlah sifat suka duduk rumah fika ni bertolak ansur dengan usia. pandai pandai la perangai fika bawa diri sejajar dengan umur fika.

sepanjang sebulan duduk rumah dapat lah belajar sikit ilmu dari emak dengan menjahit baju konvo. belajar kecikkan baju. kau hadoooo? rasa berbangga jugaklah kan. lawa pun lawa.

Wednesday, August 14

Cerita raya 2013

Assalamualaikum.

selamat hari raya. selamat hari raya. dah seminggu kita beraya baru sekarang gua sebagai umat blogger yang tidak mengenang budi baru nak mengemaskini belog gua. ohhh balingg la meriam dokek den -_-, biasa laa tu gua sibuk telan lemang. sibuk telan rendang ayam. sibuk telan kuih kuih coklat. lupa sekejap dengan belog. ohh derhakaa nya fika terhadap belog kecintaan dahku ni.

raya tahun ni takberapa nak best sangat sebab takcat rumah. takbeli langsir baru. takbeli lampu liplap baru. takbeli pelekat hello kitty untuk dinding bilik fika. takbest sangat rayaa tahun ni gara gara abang nak kahwin , semua pakat simpan duit sebab abang nak kahwin bulan dua tahun depan. time tu baru nak cat rumah. nak lawalawa bagai la. cewdihnyaa iteww dengarrr. nak pelekat dinding hello kitty jugak. nak jugakk *pangggggg* melekat penampar dokek pipi, ayah bagi bentuk hello kitty lagi.

tapi walaupun takbest raya tahun ni. fika tetap bersyukur sebab masih dapat celikkan mata melihat sanak saudara , ayah mak abang kakak anak buah cucu cicit depan mata beraya bersama. disebabkan nak ada mood raya seperti kanak kanak ribena riang lain. baju raya wajiblah bukan satu. bukan dua. tapi empatt! yes, tepat sangat pernyataan ini. untuk pengetahuan umum *ceh, dah macam rosmah mansur bagi ucapan mencanting batik pulak* raya aidilfitri kali ni fika ada empat pasang baju raya. warna peach satu. dan yang lain bercorak seni kraftangan malaysia.

nampak tamak? tak engkorang semua. ini tamak bin haloba. haloba bin syaiton membazir -.-'

marilah membeliakkan bijik mata engkorang tengok gambar raya gua melaram sakan mengalahkan cikzabedah kampung sebelah .

PAGI RAYA . 1SYAWAL

 orang lain puasa kedua lagi dah berangkat pulang ke kampung. ada dekat kelantan la. johor la. perlis la sampai putus putus urat kentut duduk lama sangat. fika punya kampung? jauh.. jauhh sangat dekat negeri sembilan. sampai tercabut la sendi sendi kentut berdarah semua. raya pertama baru sampai. jauh kan? ini lah kampung fika. best duduk sinii ada sungai. ada lembu. ada rambutan dan ada pakwe handsome handsome.

cukuplah untuk 1 syawal punya gambar takut muntah darah korang tengok takhabishabis sampai esuk.

taklewat lagi kot. fika nak ucapakan selamat hari raya maaf zahir takda batin untuk semua masyarakat malaysia yang beragama islam di dalam dan luar negara. makan beringat ingat jangan sampai cirit bin birit. jangan sampai kurus menjadi gemok. selamat beraya semua!